HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Disember 2020

PAS, UMNO , PPBM perlu seiya sekata

Sila Senior

Sekiranya PAS, UMNO, PPBM benar benar berusaha kearah menyatupadukan bangsa Melayu serta umat Islam , Pas, Umno dan Ppbm perlu seiya sekata dalam mentadbir negara. Perlu dalam satu arah dan satu ideologi. Yang berkuasa serta yg memegang jawatan dalam parti dari bawah hingga peringkat atasan perlu jujur, ikhlas serta amanah dalam menjalankan tugas. Kita perlu benar² mengorbankan diri untuk membina bangsa dan perlu mempunyai jiwa yang bersih dalam membela Islam.

Kesemua yg dipertanggung jawabkan menjalankan tugas perlu membina diri terlebih dahulu mengikut lunas lunas Islam, perlu menjauhkan diri dari melakukan segala jenis kemungkaran, seperti maksiat, rasuah, pemabuk serta penjudi dan lain lain .

Semua orang faham tiada manusia yg sempurna kecuali Para Nabi, olih itu yg pernah terjerumus didalam melakukan kemungkaran perlu bertaubat terlebih dahulu demi memperjuangkan bangsa dan agama kerana Allah bukan kerana kepentingan diri.

Yg mana telah menjadi kaya raya dari hasil rasuah dan menipu, menyelewengkan hak negara dan rakyat perlu dikembalikan kpd negara dan rakyat. Para pemimpin perlu sedar bahawa amalan buruk yg dilakukan akan terbongkar juga akhirnya kerana perkara yg bathil tidak akan dapat mengatasi yg haq.

Para pemimpin juga perlu sedar bahawa akibat perebutan kuasa dan akibat mementingkan dirilah timbulnya fitnah memfitnah , tuduh menuduh , hina menghina sehingga melibatkan pengikut dan rakyat.

Sedarlah bahawa rakyat dan negara akan aman damai jika mempunyai pemimpin yg benar² jujur, ikhlas serta bertanggung jawab dalam menjalankan tugas. Semoga Allah memberi pertunjuk dan kesedaran kpd kita semua.  MINDA RAKYAT

Tiada ulasan: