
KUALA LUMPUR – “Saya lebih daripada bersetuju dengan cadangan jujur Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Teng Chang Khim mengajak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng bersara dari politik.
“Malah Chang Kim sendiri telah mengumumkan persaraan beliau dalam politik bagi memberi laluan kepada generasi muda. Memang cadangan itu sungguh bernas apatah lagi DAP selalu laungkan segala macam retorik selama ini,”
Itu kata Presiden Makkah Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran yang mengulas cadangan Chang Kim supaya Kit Siang dan Guan Eng sama-sama berundur.
Kit Siang dan Guan Eng telah mengisi separuh sejarah parti itu dari 1960 hingga sekarang dan sudah tiba masa untuk menyerah kuasa, ujarnya.
Menurut Thanenthiran, selama ini Kit Siang dan Guan Eng selalu mendesak pelbagai pemimpin politik meletak jawatan, malah kadang kala mereka menggunakan alasan yang tidak munasabah.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk anak beranak ini dengar pula suara ahli anda sendiri, jika orang lain mungkin anda kata itu adalah permainan politik parti lawan tapi ini cadangan pemimpin kamu sendiri.
“DAP memang terkenal kerana lantang bercakap, jadi tidak salah bukan dengan kelantangan Chang Kim, jangan pula kamu cuba ambil tindakan kepadanya.
“Bayangkan kedua-dua mereka sudah menerajui DAP sejak tahun 60-an lagi, bukankah sudah tiba masa untuk beri laluan kepada yang lebih muda, janganlah hendak pegang jawatan sehingga ke akhir hayat. Cukup-cukuplah Kit Siang, Guang Eng,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan