Fauzi Suhaimi
Abdul Hadi berkata, sebaliknya pihaknya perlu menunggu hakikat sebenar apakah
yang sedang berlaku. - Bernama
KUALA LUMPUR:
Pas tidak perlu terkapai-kapai membuat keputusan membabitkan dakwaan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh sokongan 113 ahli
Dewan Rakyat dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dan akan cuba meyakinkan
Yang di-Pertuan Agong.
Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebaliknya pihaknya perlu menunggu
hakikat sebenar apakah yang sedang berlaku.
"Ini bukan kali pertama (dakwaan Anwar cukup majoriti), oleh sebab itu kita perlu tunggu berita sebenar.
"Sudah
beberapa kali (ia berlaku) dan kita sedang tunggu (kebenaran itu). Jadi
kita tidak perlu terkapai-kapai untuk buat sebarang keputusan sebelum
hakikat sebenar," katanya ketika sesi Dialog Bersama Media di sini pada
Ahad.
Pada
Sabtu, khabar angin bertiup kencang mengatakan Anwar sekali lagi akan
cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau mempunyai bilangan
sokongan yang mencukupi daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat.
Lebih
menguatkan dakwaan itu apabila ada satu laporan menyebut sokongan yang
diperoleh Anwar turut mendapat sokongan SD daripada 10 MP UMNO.
Sumber
dalaman Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun menafikan laporan berita yang
menyebut 10 MP UMNO memberi sokongan kepada Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan