Cinca on
Umno dan PAS - yang bergabung secara rasmi dalam Muafakat Nasional - bersetuju
untuk tidak "berlaga" antara satu sama lain dalam pilihan raya umum (PRU) akan
datang, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut presiden Umno itu lagi kedua-dua parti itu juga bersetuju untuk
bertanding bertanding menggunakan lambang masing-masing.
"Apa kita telah putuskan [...] kita telah membuat keputusan bahawa Umno dan
PAS jangan berlaga sesama sendiri di kerusi yang telah dirundingkan
"Kedua-duanya akan menggunakan lambang masing-masing, asalkan kita tak berlaga
sesama sendiri," katanya.
Bercakap dalam temu bual disiarkan Malaysia Gazette malam tadi, ahli parlimen
Bagan Datuk itu juga mengesahkan kedua-dua parti mahu gabungan mereka
didaftarkan secara rasmi.
Menurut Ahmad Zahid lagi, kerjasama Umno dan PAS menjadi ancaman kepada
beberapa pihak kerana ia melemahkan mereka. Bagaimanapun bekas timbalan
perdana menteri itu tidak menamakan pihak tersebut.
Katanya ada usaha yang dibuat untuk memusnahkan kerjasama berkenaan.
"Bukan saja dari luar malah ada yang cuba memecahkan dari dalam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan