HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Disember 2020

Undi percaya DUN Perak: Ahmad Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

Siti Hafidah

 

MB hanya terima 10 undi menyokong

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar, manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul tersebut dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang semuanya daripada UMNO, 16 daripada DAP, Bersatu (5), PAN (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu. – Bernama

Tiada ulasan: