Ruzaini Zulkepli

Tan
Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman antara Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Datuk
Dr. Joachim Gunsalam (kiri) dengan CEO SK Nexlis Malaysia Sdn Bhd, Shin
Dong Hwan. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU:
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerjasama yang
terjalin antara pelbagai parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
mampu dijadikan contoh terbaik di peringkat nasional.
Beliau
berkata semangat Sabah Maju Jaya diterapkan dalam kalangan parti
politik menjadikan Sabah dilihat sebagai sebuah negeri istimewa.
Jelasnya,
ini memandangkan jalinan parti-parti GRS yang di dalamnya merangkumi
Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah
(PBS) itu menjadi petunjuk kerjasama politik boleh dijayakan sekiranya
terdapat kesungguhan.
"Ini adalah contoh klasik. Jika kita bersungguh-sungguh membela rakyat, ini adalah contoh yang baik.
“Jangan terlalu banyak main politik sebaliknya tumpukan kepada apa yang rakyat mahu.
“Itulah
yang menjadi keutamaan kita ketika ini dan bukannya soal populariti
serta parti mana yang lebih bagus," katanya ketika sidang media selepas
melancarkan Projek Pembangunan Lok Kawi Resort City dan Majlis
Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Pelaburan Asing dan
Domestik sebentar tadi.
Turut hadir ialah
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali; Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor; Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Dr Jeffrey Kitingan
dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.
Dalam pada
itu, ditanya mengenai situasi politik negara ketika ini, Muhyiddin
memaklumkan tetap menyokong usaha kerajaan negeri di bawah kepimpinan
Hajiji bersama pimpinan tertinggi lain dalam mengukuhkan GRS di Sabah.
Sementara
itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN memaklumkan, ketika ini tiada
sebarang perbincangan rasmi dibuat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15
(PRU15).
Menurut beliau, hanya
perbincangan secara santai dibuat disebabkan mahu menumpukan kepada
perkara yang diingini rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan