Bernama

LOKE: Pada peringkat PH kita akan terus bagi tekanan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) telah menghantar surat kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon untuk diadakan satu
pertemuan bagi membincangkan isu mengenai pendaftaran pemilih automatik
dan Undi18.
Setiausaha Organisasi
Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata beliau yakin bukan sahaja
DAP, malah banyak parti politik merasa kecewa dengan ketetapan SPR
bahawa pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada umur 18
tahun, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 Sept 2022 disebabkan
pelbagai kekangan.
Beliau
berkata keputusan SPR itu seolah-olah tidak menghormati institusi
Parlimen sebab perkara itu telah dibincangkan serta dipinda perlembagaan
sejak 2019, dan ketika itu ia dikatakan perlu mengambil masa dua tahun
untuk melaksanakannya, dengan tempoh sepatutnya ialah pada Julai 2021.
"Pada
peringkat PH kita akan terus bagi tekanan. Majlis Setiausaha PH juga
berharap dapat berjumpa dengan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh
agar kita boleh menyatakan bahawa ia tidak sepatutnya dilengahkan,"
katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvensyen Biasa Negeri DAP
Terengganu, di sini hari ini.
Dalam
konvesyen hari ini, mesyuarat yang julung kalinya diadakan di Terengganu
itu telah memilih 15 ahli jawatankuasa negeri, dan sehinggi kini DAP
mempunyai lebih 1,000 ahli di Terengganu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan