Firdaus Azil

Datuk
Zakaria Dullah sifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2020 merupakan
medan
terbaik untuk untuk mencorak hala tuju UMNO dalam kerangka "ketaksuban
akal" bukannya berbicara dan berhujah isu-isu "nafsu" yang bersifat
remeh-temeh.
KUALA LUMPUR:
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang bakal berlangsung hujung minggu
ini wajib dijadikan wadah untuk mengembalikan perjuangan berlandaskan
‘ketaksuban akal’, tegas Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk
Zakaria Dullah.
Menurut beliau,
gelanggang perhimpunan kali ini, merupakan medan terbaik untuk untuk
mencorak hala tuju UMNO dalam kerangka “ketaksuban akal”, bukannya
berbicara dan berhujah isu-isu “nafsu” yang bersifat remeh-temeh.
Ujarnya
lagi, Pemuda dan Puteri UMNO, selaku generasi pimpinan parti
seterusnya, perlu jadikan pentas itu untuk menonjolkan watak kepimpinan
UMNO berasaskan “ketaksuban akal” dengan menggaris isu perbincangan dan
perdebatan perjuangan Bangsa Melayu.
“Agenda
Penyatuan Bangsa Melayu yang telah ditandai dengan gerakkan momentus
“Penyatuan Ummah”, “Muafakat Nasional” serta “Perikatan Nasional”, perlu
diangkat setinggi mungkin oleh kepimpinan sayap pemuda dan puteri UMNO.
“Mengapa?
Ini kerana ketiga-tiga momentus tersebut terbentuk dan terhasil dari
kesedaran ketaksuban “akal” mengenai peri pentingnya “penyatuan bangsa
Melayu” dalam mendepani masa depan yang semakin mencabar bagi
kelangsungan Bangsa Melayu itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan
pada Khamis.
PAU 2020 bakal membuka
tirainya Jumaat ini dan buat julung-julung kalinya perhimpunan itu akan
diadakan dengan kombinasi secara bersemuka dan melalui maya, bagi
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis
Keselamatan Negara.
Sebelum ini,
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perhimpunan
Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan dirasmikan Timbalan Presiden parti,
Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka pada 27 Mac.
Sementara,
perasmian PAU 2020 oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
pula pada 28 Mac pukul jam 8.30 pagi di Dewan Merdeka.
Mengulas
lanjut, Zakaria berkata, jika agenda ‘ketaksuban akal’ dan ‘penyatuan
Bangsa Melayu’ dapat ditonjolkan dua sayap berkenaan, beliau percaya ia
bakal memberikan “signal” positif terhadap anak muda di luar UMNO, dalam
menilai corak dan watak hala tuju kepimpinan UMNO selaku “Abang Long”
kepada perjuangan bangsa Melayu di negara ini.
“Sekiranya
watak “ketaksuban akal” dan “penyatuan” bangsa Melayu dapat mewarnai
PAU 2020 hujung minggu ini, saya percaya proses perundingan untuk
“menyatukan” bangsa Melayu di bawah satu wadah perjuangan yang “utuh”
bakal disambut oleh kepimpinan Melayu yang berada di luar UMNO,
khususnya PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pas dengan lebih
konkrit.
“Ini sangat penting untuk UMNO
dalam mendepani PRU15, UMNO dalam keberadaannya masa kini, secara
peribadi saya melihat tidak mampu untuk “mendayung” bersendirian dalam
berhadapan dengan “ombak” dan “gelombang” yang sangat kompleks untuk
diharungi,” tegasnya lagi.
Zakaria
berkata, sikap-sikap bermuhasabah, bermuafakat, bertolak-ansur dalam
kalangan kepimpinan Melayu pasca PRU14 penting bagi memastikan
keberadaan Bangsa Melayu itu kekal seperti mana ungkapan Laksamana Hang
Tuah iaitu “tak akan Melayu hilang di dunia”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan