Israr Khalid

Asyraf Wajdi menegaskan, adalah menjadi kesilapan besar jika UMNO
memberi tumpuan kepada soal posisi dan kuasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
UMNO tidak memberi tumpuan kepada gerakan menjatuhkan musuh politik,
sebaliknya usaha untuk memperoleh kembali kepercayaan rakyat menjelang
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua
Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat ketika ini
menginginkan kestabilan untuk meneruskan kehidupan pasca pandemik
COVID-19, justeru tindakan berebut kuasa adalah kesilapan besar.
“Kata
kuncinya di sini adalah kestabilan. Kestabilan itu yang didamba oleh
rakyat, kestabilan politik akan memberi kesan kepada kemakmuran,
keyakinan dan kepercayaan para pelabur.
“Hari
ini masyarakat hanya melihat berapa banyak pelabur keluar dari
negara... (pelabur) yang dahulunya bertumpukan kepada Malaysia hari ini
pergi ke negara jiran yang mengakibatkan pertumbuhan terencat.
“Jadi
ini yang UMNO perlu tawarkan kepada mereka dan memberikan solusi, bukan
berbicara soal siapa nak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri. Ini bukan UMNO,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam program Agenda AWANI malam ini bersama Nazri
Kahar yang menyentuh berkenaan perspektif parti itu terutamanya
berkenaan pergerakan Pemuda menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung
minggu ini.
Begitupun, beliau tidak
menafikan bahawa UMNO tidak boleh bergerak sendiri dan tidak pernah
bersendirian dalam menjunjung agendanya, maka persepakatan dengan
gabungan menjadi unsur penting dalam strategi UMNO.
Sebagai
parti yang menjadi pemain utama pentas politik negara sejak lebih 60
tahun yang lalu, UMNO katanya perlu menyantuni dinamik politik yang
sudah berubah dan segera kembali ke matlamat sebenar perjuangannya.
“Orang
boleh buat pelbagai spekulasi, contohnya apakah kita ada kerjasama
dengan DAP dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang dikatakan sebagai
jajaran (politik) baharu? Apakah kita berpatah arang dengan kerajaan
Perikatan Nasional? Atau apakah posisi kita dengan Pas dalam Muafakat
Nasional? Itu sahaja pun dah celaru, macam-macam naratif.
“Tapi
satu perkara paling penting yang kadang-kadang kita lupa yang UMNO
adalah satu parti yang tidak pernah bersendirian dari merdeka sampai
hari ini, kita sentiasa bekerjasama dan berpakat.
“Kerana
akhirnya UMNO sebagai parti politik apa-apa pun mesti menerajui kuasa,
dan bila mendapat kuasa ia perlu dikembalikan kepada rakyat. Dalam
konteks ini, bagaimana kita hendak menawarkan sesuatu agar rakyat
kembali yakin kepada UMNO,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan