Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat

Ketetapan
untuk tidak bersama Bersatu sebagaimana diputuskan oleh
majoriti
resolusi di mesyuarat bahagian-bahagian UMNO di seluruh
negara harus
diangkat dan diluluskan. - Foto fail
PERHIMPUNAN
Agong UMNO 2020 pada 27 dan 28hb Mac ini berkemungkinan besar merupakan
persidangan yang terakhir dan yang terpenting sebelum Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15).
Kita akan berhimpun
ketika kepimpinan tertinggi parti dan beberapa menteri UMNO dalam
kerajaan sekarang berada di dalam keadaan yang bercanggah pendirian dan
pandangan.
Malah,
presiden parti tidak menampakkan daya untuk bersuara atau mengambil
tindakan yang tegas ke atas mereka yang tidak mengikut arahan atau
keputusan parti.
Atas
'kebijaksanaan' beliau sendiri, parti kini berdepan dengan Ahli
Parlimen UMNO yang menggunakan kebebasan yang telah beliau sendiri
berikan untuk berpihak dengan mana-mana parti atau kuasa yang mereka
mahu, baik dari kerajaan mahupun pembangkang.
Ternyata,
'senjata' yang telah presiden serahkan kepada mereka-mereka ini telah
digunakan untuk 'menikam' dirinya sendiri. Beberapa menteri UMNO secara
berterus terang ingkar akan arahan parti.
Majlis
Kerja Tertinggi (MKT) pula dianggotai oleh mereka yang tidak
berpengalaman. Hanya beberapa kerat yang bersuara kuat menampakkan
mereka lebih berpengetahuan daripada yang lain. Mereka yang berani pula
telah dipecat.
Dalam keadaan sekarang, kita hanya boleh mengharapkan perwakilan yang akan hadir di PAU sebagai faktor 'penyelamat'.
Merekalah
yang boleh mendesak pucuk pimpinan parti mengambil tindakan, drastik
atau sebaliknya dalam menentukan hala tuju kita berdepan dengan PRU15
yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Ketetapan
untuk tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
sebagaimana diputuskan oleh majoriti resolusi di mesyuarat
bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara harus diangkat dan diluluskan.
Tindakan
tegas ke atas pemimpin-pemimpin yang ingkar secara terbuka wajib
diambil tanpa was-was oleh Lembaga Dispilin UMNO demi untuk menjaga
decorum di dalam parti walaupun keputusan itu mungkin akan menyebabkan
mana-mana pihak dipecat.
Kita tidak mahu
penyakit melawan keputusan parti ini merebak dalam kalangan ahli-ahli
nanti. Hala tuju yang selama ini kabur dan kabus di bawah kepimpinan
Presiden sedia ada boleh ditetapkan oleh para perwakilan UMNO di
perhimpunan ini.
Di perhimpunan inilah
terletaknya peluang untuk membantu Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi
yang agak lemah selama ini untuk mencorak langkah kita seterusnya.
Perkuatkan
ukhwah dalam kalangan kita, bermula dengan pucuk pimpinan dan
menteri-menteri UMNO yang wajib diarah untuk patuh kepada keputusan
parti.

Rumusannya,
di akhir perhimpunan Ahad ini, semua pemimpin UMNO wajib sedar bahawa
ketaatsetiaan mereka mesti terletak kepada UMNO dan bukannya kepada
kerajaan sekarang.
Jika tidak, kita akan
terus melukut di tepi gantang selepas PRU15 nanti, apabila parti yang
lebih kecil daripada UMNO terus memegang kuasa seperti sekarang.
Tidak
boleh kita nafikan ahli UMNO di peringkat bawahan tersedia bersatu,
taat dan kuat. Tetapi yang perlu kita perbetulkan ialah pucuk kepimpinan
atasan dalam parti kini dan yang di dalam Kabinet iaitu mereka yang
mementingkan diri dan kedudukan mereka sendiri dan bukan kepentingan
parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Kepada Allah berserah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan