Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Air
tangan dan kehebatan percaturan Ahmad Zahid dalam menentukan
kerajaan
PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan bukanlah satu rahsia
dalam
kalangan pemimpin utama politik. - BERNAMA
REALITI UMNO tatkala Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula menjadi Presiden adalah penuh dengan warna-warni politik.
Tatkala
beliau memegang jawatan selaku Presiden, terlalu banyak onak dan duri
yang terpaksa beliau tempuhi. Namun begitu, anak jati Sungai Nipah Darat
Rungkup, Bagan Datuk ini tidak pernah mengenal erti mengalah.
Hanya
sekali beliau dilihat mengundur tetapi itupun sebenarnya adalah
taktikal beliau dalam menyederhanakan suhu politik dalaman UMNO pada
ketika itu.
Apabila
beliau kembali semula kekerusinya, makanya parti UMNO kembali dinamik.
UMNO kembali semula menjadi perhatian rakyat. Pesaing-pesaing politik
beliau juga kembali bersiap-siaga.
Kejayaan
beliau dalam mengungguli wadah penyatuan Melayu-Islam di bawah payung
Muafakat Nasional (MN) telah meletakkan nama beliau sebagai seorang
Presiden parti yang tidak patut dipandang enteng oleh sesiapa.
Air
tangan dan kehebatan percaturannya dalam menentukan kerajaan Pakatan
Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan bukanlah satu rahsia
dalam kalangan pemimpin utama politik.
Namun,
UMNO tetap UMNO. Badai dan gelora adalah buah mainan parti keramat
orang Melayu ini.
Kritikan, hentaman, cacian, kejian yang datang
daripada dalam atau luar bukanlah suatu yang aneh bagi parti ini.
Sehingga
kini, institusi kepresidenan dan kepartian tetap dijulang kukuh oleh
ahli. Solidariti menjadi paksi teras pengukuhan sebagaimana resam UMNO,
semakin kuat diasak semakin ganteng jadinya.
Dalam
konteks realiti baru politik semasa terutamanya apabila menyentuh
kerajaan Perikatan Nasional (PN), UMNO ternyata mempunyai tatacara yang
tersendiri dalam menentukan hala tuju partisipasinya.
Pendirian
UMNO sebagaimana dinyatakan oleh Ahmad Zahid bahawa parti itu akan
mendokong kerajaan ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah
merupakan satu quo vadis yang cukup penting untuk difahami oleh semua.
Inilah
jiwa besar UMNO dalam usaha memastikan agenda membantu rakyat yang
terkesan hebat akibat pendemik COVID-19 ini tidak terjejas dan tetap
selamanya menjadi keutamaan.

Kenyataan
terbaru Ahmad Zahid mengenai tiadanya keperluan untuk menjayakan agenda
“political pairing” dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas beberapa
hari pemimpin utama PKR membuat kenyataan kesediaan untuk bersama UMNO
telah sekali gus menafikan segala cakap-cakap terhadap Presiden UMNO itu
bahawa beliau telah terlibat dengan kluster Jajaran Politik Baru
(UMNO-PKR-DAP).
Ianya cukup terang dan
jelas bahawasanya 'No PKR!. Kenyataan ini juga merupakan satu tujahan
politik pertama yang amat besar maknanya daripada beliau sebelum 28 Mac
nanti.
Apa lagi tujahan politik yang akan beliau buat pada masa hadapan pastinya adalah rahsia yang hanya beliau sahaja mengetahuinya.
Yang pasti, semua ahli perlulah sentiasa bersama dengan parti dan presiden dalam saat- saat sebegini.
Bersetia
bersama dalam satu bahtera, tidak meninggalkan satu sama lain, bersatu
padu menghadapi cabaran lingkungan yang pastinya lebih ketidaktentuan
pada masa mendatang.
Pastikan UMNO
bingkas semula. Itu adalah pilihan terbaik untuk semua pada detik ini
demi kelangsungan parti utama orang Melayu ini.
Selamat bersidang semua perwakilan dan sentiasa hargailah alam sekitar kita.
* Penulis adalah mantan Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional (BN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan