Ridauddin Daud

Menurut
Tan Sri Annuar Musa, Presiden UMNO mempunyai peluang terbaik
untuk
menerangkan pelbagai persoalan mengenai kerjasama politik dalam
Ucapan
Dasar Presiden. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :
Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) yang akan bermula esok merupakan
platform terbaik untuk Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menjelaskan semua khabar angin yang terkait dengan dirinya.
Bekas
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata,
akar umbi pastinya mahukan penjelasan terutamanya berkaitan kerjasama
UMNO dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, Ahmad Zahid mempunyai peluang terbaik untuk menerangkannya dalam Ucapan Dasar Presiden.
“Saya
faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya dan ada berita yang
bercanggah. Ada yang kata Presiden ada berbincang dengan PKR, ada yang
kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong (Datuk Seri) Anwar
Ibrahim, ada pula kata tidak ada.
“PKR
sendiri melalui Anwar berkata ada jumpa tapi tidak ada pakatan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution pula kata perjumpaan
biasa-biasa sahaja.
“Jadi banyak versi,
pada saya PAU kali ini adalah peluang terbaik dan eloklah perkara itu
diperjelaskan,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan
rumah untuk 395 pemilik rumah Residensi Razakmas2, di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyempurnakan majlis tersebut dengan menyerahkan 10 replika kunci kepada penerima.
Annuar
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid yang
menafikan spekulasi parti itu mungkin bekerjasama dengan PKR menjelang
pilihan raya akan datang.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebelum ini menegaskan tiada perbincangan seumpama itu antara dua parti tersebut.
Tegasya,
beliau hanya berjumpa dengan Anwar di Parlimen dan di majlis
perkahwinan namun menjelaskan tiada perbincangan berhubung kerjasama
rasmi dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan