Bernama

Shahril
Sufian Hamdan berharap segala masalah yang timbul dalam UMNO
dapat
dijernihkan sekali gus memperkukuhkan parti. - FB\Shahril Hamdan
KUALA LUMPUR:
Persidangan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung minggu ini, diharapkan
menjadi platform untuk menoktahkan segala persoalan yang timbul mengenai
isu dalaman parti dan hubungan UMNO dengan parti politik lain.
Ketua
Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berharap segala masalah yang
timbul dalam UMNO dapat dijernihkan sekali gus memperkukuhkan parti
sebelum menghadapi pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
"Perkara
(menoktahkan persoalan) ini penting bagi membolehkan kita (UMNO)
benar-benar bersedia masuk ke fasa persiapan untuk menghadapi rakyat
(PRU15).
"Mungkin
(ada) isu panas akan disentuh pada PAU2020, namun saya yakin kerana
UMNO adalah satu parti yang sudah lama dan ada banyak pengalaman atau
ada 'institutional memory' untuk menguruskan isu-isu panas (dalam
persidangan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan dalam program Ruang Bicara yang siarkan di Bernama TV malam tadi.
PAU
2020 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac (Sabtu dan Ahad) ini
dengan pelaksanaannya secara hibrid iaitu kombinasi perhimpunan secara
bersemuka dan maya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan