Astro Awani

Norliza
turut meminta ahli parti untuk mengabaikan mana-mana pihak yang
mengadu
domba dan mahu melihat kehancuran UMNO. - Sumber foto Wanita
UMNO
KUALA LUMPUR:
Persidangan Agung UMNO 2020 (PAU2020) dan Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU15) bukan pentas untuk merealisasikan hasrat mana-mana individu yang
berhasrat untuk menjadi pucuk pimpinan tertinggi parti.
Menurut
Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Norliza Abdul Rahim, individu berkenaan
perlu menggunakan pentas pemilihan UMNO akan datang selain presiden hari
ini dipilih secara demokrasi serta diberikan kepercayaan untuk menjadi
nakhoda parti.
"Penting
bagi kita semua untuk sedar, politik yang hanya mencari laba keuntungan
diri akan menyebabkan kita semua berantakan. Terlibat dengan politik
wang akan meletakkan parti kita dipandang dingin oleh rakyat. Ucapan
berbaur perkauman yang melampau, akan meletakkan parti terlalu ekstrem
di mata pengundi.
"Jadi
langkah kita perlu waspada, seimbang dan jelas. Tumpuan kita bukan
untuk membina naratif politik yang berantakan, tapi mewujudkan
kestabilan dan keharmonian dalam negara. Kestabilan yang menjamin masa
depan yang jauh lebih cerah kepada rakyat dan ekonomi.
"Kestabilan
politik adalah kunci bagi menjamin negara kita terus stabil dan maju.
Malaysia perlu terus bersaing dengan negara-negara serantau dalam era
ledakan ekonomi dan globalisasi. Pemikiran dan tingkah laku juga harus
seiring dengan ucapan yang diungkapkan," katanya dalam kenyataan pada
Jumaat.
Dalam
pada itu katanya, PAU2020 yang akan berlangsung bermula Sabtu menjadi
platform penting kepada UMNO untuk menentukan hala tuju sebenar
mendepani PRU15.
"Di sinilah, segala kekusutan dan seribu satu persoalan akan dijelaskan kepada semua perwakilan dari pucuk pimpinan parti.
"Kita
mendengar, meneliti dan menghadam segala amanat yang akan disampaikan
pucuk pimpinan sekali gus menjadi persediaan penting bahtera orang
Melayu ini untuk menghadapi perang besar dalam PRU nanti.
"Sebaiknya,
PAU 2020 perlu menjadi wadah perpaduan di kalangan ahli parti dan
keseluruhan masyarakat Malaysia, kerana kita semua menginginkan negara
ini terus membangun pasca pandemik COVID-19, suatu ujian yang amat berat
yang menimpa segenap lapisan masyarakat di negara ini," ujarnya.
Tambahnya,
UMNO wajar menyantuni keluh kesah rakyat, kebimbangan rakyat, perit
getir rakyat dan kesengsaraan rakyat untuk kelangsungan hidup selepas
sebilangan besar mereka diduga dan yang lebih membimbangkan, malapetaka
ekonomi pula menimpa negara.
"Mari kita
perbetulkan segala perselisihan yang kini menjadi barah di dalam parti,
berikan kepercayaan sepenuhnya kepada Presiden untuk mengemudi parti
mengikut hemat beliau setelah mendengar suara ahli-ahli parti.
"Keputusan
presiden sebenarnya menunjangi keputusan bersama oleh kita semua. UMNO
hanya mahukan kestabilan untuk rakyat, kesejahteraan buat masyarakat dan
mewariskan sebuah negara yang utuh dari segi ekonomi dan pembangunan
kepada generasi akan datang.
"Hentikan
perselisihan yang boleh membawa malapetaka lebih besar kepada parti.
Tumpukan usaha dan tekad tekad kita untuk bekerja bersama dan merintis
jalan untuk mencipta kejayaan bersama-sama," jelasnya.
Norliza turut meminta ahli parti untuk mengabaikan mana-mana pihak yang mengadu domba dan mahu melihat kehancuran UMNO.
Tegasnya,
sikap mereka ibarat si kitol yang wujud di muka bumi hanya untuk
melihat umat Melayu dan Islam berantakan dan berpecah.

Norliza turut meminta ahli parti untuk mengabaikan mana-mana pihak yang mengadu domba dan mahukan kehancuran UMNO.
Tegasnya,
sikap mereka ibarat si kitol yang wujud di muka bumi hanya untuk
melihat umat Melayu dan Islam berantakan dan berpecah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan