Abd Hadi Che Awang
Menurut
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, keputusan itu telah dibuat melalui
kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian kerusi PRU-15. -
Gambar fail ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
KULIM:
PKR mengambil keputusan untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14) termasuk di kerusi yang dikhianati wakil rakyat yang telah
keluar atau dipecat dari parti berkenaan.
Setiausaha
Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu telah
dibuat melalui kesepakatan selepas rundingan berhubung pembahagian
kerusi PRU-15 dijalankan membabitkan komponen Pakatan Harapan (PH) yang
dianggotai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Dalam
masa sama, beliau berkata, PKR sangat berpuas hati dengan perkembangan
permohonan keanggotaan baharu parti itu yang menunjukkan pertambahan
positif saban minggu.
Menurut
beliau, antara kawasan Parlimen atau cabang PKR yang menunjukkan
peningkatan ketara adalah di Gombak dan Ampang yang sebelum ini dipimpin
dua bekas pemimpin tertinggi parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
dan Datuk Zuraida Kamaruddin.
"Minggu
lepas saya mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Keadilan di ibu
pejabat parti, saya telah meminta laporan post mortem khusus daripada
beberapa Pgarlimen yang berkenaan dan saya sangat berpuas hati terutama
macam Ampang dan Gombak.
"Saya sebut
bahawa setiap minggu parti akan meluluskan permohonan keanggotaan, agak
menarik permohonan anggota baharu yang paling ramai antaranya dari
Ampang dan Gombak, makna bila keluar (parti) macam itu, lebih ramai
orang masuk," tambah beliau.
Saifuddin
berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungai Ular, di sini pada Isnin.
Penghujung
Februari tahun lalu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR serta Zuraida (Naib Presiden)
dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan
itu juga telah menyebabkan beberapa lagi Ahli Parlimen dan ADUN PKR
bertindak meninggalkan parti sekali gus menjadi antara punca kejatuhan
kerajaan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan negeri seperti Kedah,
Perak, Melaka dan Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan