HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Mac 2021

GPS beri khidmat bukan berdasarkan pilihan raya, tapi sepanjang masa – Fadillah

MGE01032021_FADILLAHYUSOFPENCAPAIANKKR13
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bercakap ketika wawacara dan sidang media pencapaian Kementerian Kerja Raya (KKR) 2020 di Kompleks Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI.

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukan memberikan perkhidmatan berdasarkan pilihan raya.

Sebaliknya, anggota gabungan bekerja sepanjang masa untuk mensejahterakan rakyat, kata Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Bila pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, saya tak pasti dan tak tahu.

“Pilihan raya atau tidak, cara kita bekerja adalah sama, iaitu berkhidmat kepada rakyat, negeri dan negara tanpa mengira waktu,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kanan (Kerja Raya) berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media sempena setahun pencapaian Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.

Fadillah menegaskan, perancangan GPS adalah untuk jangka masa panjang bukan sahaja untuk pilihan raya semata-mata.

Ditanya bagaimana kekuatan politik GPS ketika ini, kata beliau, soalan itu sepatutnya ditanyakan kepada orang ramai.

“Kalau tanya saya, saya kata kuatlah.

Tiada ulasan: