HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 Mac 2021

PN beri peluang anak muda barisi saf pimpinan

HARAKAH DAILY
 

ARAU: Parti berteras Melayu di Perlis berusaha memperkukuh Muafakat Nasional (MN) dan memperkasa Perikatan Nasional (PN) selari dengan pendekatan yang dibawa PAS di peringkat pusat.

Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, usaha itu ke arah menyatukan perpaduan ummah dalam kerangka berteraskan syariat Islam tanpa menyisihkan kaum-kaum lain Malaysia.

Katanya, situasi politik di Perlis sebagai anugerah Allah di mana Umno diihat lunak untuk bersama PN.

“PN negeri juga tiada masalah untuk menjalin kersama dengan ketiga-tiga parti iaitu Umno, PAS dan Bersatu.

“InsyaAllah, kita akan bekerja sebaik mungkin untuk memperoleh kemenangan seterusnya dapat mentadbir negeri ini dengan selesa,” katanya ketika ditemui, di sini.

Baru-baru ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Dato’ Seri Shahidan Kassim menyatakan pendirian untuk terus mengukuhkan hubungan kerjasama dengan PAS di samping bersedia menjalin kerjasama Bersatu.

Menurutnya, keputusan tersebut hasil keputusan mesyuarat bahagian-bahagian di Perlis iaitu mahu bekerjasama dengan semua parti-parti politik bumiputera.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, beliau akan memberi ruang maksimum mungkin kepada anak muda untuk berada dalam kepimpinan PN.

Menurutnya langkah itu sebagai salah satu usaha menarik minat golongan muda yang dilihat sekarang semakin muak dengan kondisi politik negara.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, kata beliau keberadaan setiap parti dalam komponen PN dan MN dilihat kukuh dan mantap.

“Pertandingan tiga penjuru sebolehnya hendaklah dielakkan bagi memastikan Kerajaan PN akan terus kekal mentadbir Perlis,” ujarnya.

Pendekatan diambil Umno Perlis dianggap sekata dengan perkembangan yang berlaku di Sabah, biarpun ia agak berbeza dengan pendekatan Umno di negeri-negeri lain.

Malah sehingga sekarang Umno Perak, Terengganu dan Kelantan secara berterus terang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Bagaimanapun ramai pemerhati melihat Perhimpunan Agung Umno pada Sabtu dan Ahad ini akan menjadi ‘road map’ parti itu bagi mendepani cabaran semasa. – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: