Madiha Abdullah

Mukhriz berkata, perjuangan politik bapanya itu adalah atas dasar
pembangunan negara dan memerangi ketidakadilan. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membidas kenyataan Nik
Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad boleh turut dipersalahkan atas pengkhianatan kerajaan Pakatan
Harapan.
Mukhriz berkata, perjuangan politik bapanya itu adalah atas dasar pembangunan negara dan memerangi ketidakadilan.
“Saya
menyanggah sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang menyalahkan Tun Dr
Mahathir Mohamad berkenaan penyertaan ahli-ahli Parlimen dari UMNO ke
dalam Bersatu dan akibatnya, kerajaan Pakatan Harapan yang sah dan
mendapat mandat rakyat telah dikhianati.
"Hakikat
yang tidak boleh disangkal ialah di sebalik pelbagai rintangan, Pakatan
Harapan yang diterajui Tun Mahathir menang pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14).
"Kepimpinan beliaulah yang
menyatukan semua pengundi yang sudah jelak dengan kleptokrasi Najib
Razak. Yang lebih ketara bila ramai pengundi Melayu yang lazimnya
mengundi UMNO kali ini memilih pimpinan Tun Mahathir.
"Saya
mengutuk segala anggapan atau tuduhan bahawa Mahathir pada bila-bila
masa, melakukan kesalahan atau bertindak tidak beretika, termasuk ketika
Ahli Parlimen Umno bergabung dengan PPBM dan Pakatan Harapan," katanya
dalam catatan Facebook peribadinya hari ini.
Mukhriz
juga mempersoalkan bagaimana Ahli Parlimen Setiawangsa itu bangga dalam
mempromosikan kejayaan PH dan hanya meletakkan kegagalan kepada perdana
menteri ketika itu.
“Tetapi pada masa
yang sama, anda mengatakan PH mencapai banyak kejayaan pada waktu yang
singkat, dalam tempoh 22 bulan, dengan berpandukan kepada aspirasi dan
hala tuju yang terkandung dalam Buku Harapan. Yang mana satu (yang
betul)?
“Adakah anda bermaksud bahawa
walaupun kepimpinan Tun Mahathir dikatakan pincang, kerajaan sebelum ini
berjaya melaksanakan tanggungjawabnya, dan kegagalan semuanya
disebabkan oleh Mahathir seorang?” katanya.
Mukhriz
yang merupakan Ahli Parlimen Jerlun merujuk kepada laporan The
Malaysian Insight Sabtu lalu yang menyebut Nik Nazmi mendakwa PN dan
PPBM belajar bagaimana untuk 'memikat' ahli politik selepas melihat
bagaimana Tun Mahathir melakukan perkara yang sama ketika beliau
memimpin PH.
Beliau merujuk kepada
bagaimana beberapa Ahli Parlimen keluar dari Umno selepas pilihan raya
umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018, sebelum akhirnya bergabung dengan
PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan