Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mohd
Shafie berkata, Warisan tidak pernah memaksa mana-mana calon parti
itu
menandatangani surat tersebut sebaliknya mereka melakukannya atas
kehendak sendiri.
KOTA KINABALU:
Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menghantar 'surat peletakan jawatan'
Hassan A Gani Pangiran Amir kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sabah, esok bagi mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan
sebagai Adun Sebatik jika melompat parti.
Surat
berkenaan akan turut diserahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal dalam sidang media yang diadakan pada Isnin di Kota
Kinabalu.
"Kami
akan serahkan kepada Yang di-Pertua DUN terlebih dahulu dan salinannya
kepada SPR serta Yang di-Pertua Negeri Sabah... esok atau lusa,"
katanya.
Surat
peletakan jawatan itu dikatakan ditandatangani Hassan A Gani pada 10
September 2020 sebelum beliau menerima watikah pelantikan sebagai calon
Warisan bagi kerusi DUN Sebatik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah
Ke-16.
Rakaman video yang menyaksikan
Hassan A Gani berikrar untuk setia kepada Warisan dan kesediaannya
menandatangani surat berkenaan sebagai bukti keikhlasannya turut
didedahkan kepada media.
Pada 25 Februari
lalu, Hassan A Gani dikatakan mengingkari ikrar tersebut apabila
mengumumkan meninggalkan Warisan dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah
(GRS).
Mohd Shafie berkata, Warisan tidak
pernah memaksa mana-mana calon parti itu menandatangani surat tersebut
sebaliknya mereka melakukannya atas kehendak sendiri untuk menjadi
calon.
Tambahnya, surat tersebut ditandatangani di hadapan barisan peguam sebagai saksi.
"Bukan
ada paksaan... tiada tekanan sebelum dia menjadi YB (wakil rakyat) dan
semua YB kita minta lafazkan janji mereka selaku parti dan selaku
pimpinan bahawa jangan khianati perjuangan ini.
"Mereka tandatangan idepan peguam kita, kita lantik peguam... mereka tandatangan ada saksi ada peguam.
"Mereka telah berjanji malahan berjanji atas nama Allah... mana ada paksaan...," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan