Faris Danial Razi
Pendirian Muhyiddin adalah jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri
urusan mahkamah dalam apa jua keadaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah ‘puppet’ atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri disifatkan tidak benar sama sekali.
Setiausaha
Sulit Perdana Menteri, Datuk Marzuki Mohamad berkata, teori oleh pihak
tertentu yang menggambarkan Dr Mahathir berada di belakang pentadbiran
Muhyiddin tidak masuk akal.
“Saya fikir teori itu tidak betullah, itu tidak benar. Kalau dikatakan Perdana Menteri, Muhyiddin sebagai puppet, tidak... itu tidak betul.
“(Bagaimanapun)
Hubungan dengan Tun Dr Mahathir dari dulu amat akrab, baik dan saya
lihat Muhyiddin ini seorang yang begitu tinggi hormat kepada Tun
Mahathir, cukup tinggi hormatnya,” jelas beliau.
Sementara
itu, Marzuki sekali lagi menjelaskan bahawa pendirian Muhyiddin adalah
jelas bahawa beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah dalam apa jua
keadaan.
“Pendirian Tan Sri Muhyiddin
Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, saya
fikir pendirian beliau adalah jelas, hal-hal mahkamah ini beliau tidak
boleh mencampuri.
“Malah, kita dalam sistem kerajaan ini pun, ada 'separation of powers',
antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. Jadi itu pun adalah satu
perkara yang penting dalam konteks sebuah negara demokrasi.
“Apa
lagi kalau kita bercakap tentang soal integriti, jadi Muhyiddin telah
buat pendirian beliau dan umum ketahui... bahawa beliau sebut banyak
kali... dalam apa jua keadaan sekalipun, beliau tidak akan mencampuri
urusan mahkamah,” jelas Marzuki.
Beliau
berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Bicara Politik Khas
Pintar: Setahun Pemerintahan Perikatan Nasional pada petang Isnin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan