Abdul Hadi Che Awang
DR
MAHATHIR: Najib (telah) hancurkan parti (UMNO), parti yang dulu
saya
jadi Presiden, yang ditubuhkan (sebelum itu) oleh bapanya, dia yang
menjahanamkan (UMNO). -Astro AWANI
LANGKAWI:
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa
kenyataannya yang menyifatkan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib
Razak sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Malaysia adalah
bersandarkan 'kerosakan' yang dilakukan pemimpin terbabit dalam
menerajui kerajaan.
Dr Mahathir mendakwa
antara kerosakan dilakukan Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu adalah
menjadikan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang bergantung
kepada amalan rasuah selain mengamalkan politik wang dalam meraih
sokongan individu tertentu.
Beliau
turut menyatakan bahawa Najib juga menjadi individu yang telah
menghancurkan parti UMNO selain menjadi penyebab utama dalam kekalahan
besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).
"Najib
(telah) hancurkan parti (UMNO), parti yang dulu saya jadi Presiden,
yang ditubuhkan (sebelum itu) oleh bapanya, dia yang menjahanamkan
(UMNO).
"Oleh kerana nak ambil duit hendak beli orang, kerajaan Malaysia pun rosak kerana Najib.
"Dia (membawa kerajaan ketika ini) menjadi satu kerajaan yang bergantung kepada rasuah.
"Kekalahan
BN (pada PRU-14 juga) disebabkan oleh Najib, pasal dia (wujud) dengan
BN (dan) dia jadi ketua (Pengerusi) BN dalam pilihan raya dan orang
semua nak tolak Najib, (jadi mereka) kena tolak BN.
Tun
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis
Berbuka Puasa dan Solat Tarawih, di Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi
pada Jumaat.
Selasa lalu, bekas Perdana
Menteri ke-4 dan ke-7 itu menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini.
Menerusi laporan MalaysiaNow, Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Menurutnya, Najib turut diketahui sebagai seorang penjenayah yang terlibat dengan pengubahan wang haram dan mencuri wang.
Dalam
pada itu, Najib menerusi kenyataan balas kepada kritikan berkenaan
menyatakan bahawa beliau dianggap teruk bagi kumpulan tertentu dan kroni
mereka.
Beliau turut menyenaraikan
pelbagai usaha yang telah dilakukan sepanjang pentadbirannya dalam
meringankan beban rakyat dan memajukan ekonomi negara termasuk Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M),
serta bantuan kepada nelayan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan