HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 April 2021

Imam itu rupanya Menteri Besar

AFNAN HAMIMI
 

HABIS menjamah juadah berbuka di Masjid Kampung Penghulu Him Daerah Kuala Muda tadi, ramai pula yang mai dekat Menteri Besar (MB) untuk bergambar. Lelaki ada, perempuan pun ada.

Orang dalam masjid duduk tunggu dah nak sembahyang. Orang di luar pula tak mahu lepas peluang nak bergambar. Nak kena rai juga hajat depa walaupun waktu itu tak sesuai. Habis bergambar, MB bergegas melangkah masuk ke dalam masjid untuk solat. Boleh jadi depa dah mula solat sebab dah agak lama menunggu.

Rupanya, semua pakat berdiri sambil tunggu MB. Tok Imam ada. Dato’ Paduka SUK ada, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri pun ada. Kami semua pakat ready dekat tempat masing-masing. Ready nak angkat takbir.

‘Allahuakbar’, bunyi takbir tok imam. ‘Macam besa dengaq sora ni’, kata saya dalam hati. Tak jadi angkat takbir. Kerling sat tengok kat tok imam. Nak tahu siapa tuan suara itu.

Rupanya MB yang jadi imam. Sambung balik angkat takbir yang tertunda tadi. Sembahyang Maghrib itu, bukan sembahyang Zohor. Kalau Zohor boleh gagah lagi, tok imam tak kena baca kuat. Ini Maghrib, kena baca bagi bunyi kuat. Surah kena hafal dan sebut bagi elok. Tak mudah itu.

Saya sendiri pun pernah terlupa dan tersasul ayat kalau kat belakang kita itu ada makmum yang kita segani. Tugas sebagai MB dan Tok Imam, keduanya ada persamaan. Dua-dua sebagai ketua yang memimpin orang di belakang. 

MB memimpin rakyat dan negeri. Tok Imam memimpin makmum dan qaryah. Selagi Tok Imam tak buat salah, wajib turut apa yang dia buat. Selagi pemimpin memimpin dengan betul, wajib kita dukung dan pertahan kepimpinannya.  HARAKAHDAILY

(*)  AFNAN HAMIMI, Sungai Petani

Tiada ulasan: