HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 April 2021

Bimbang diserang dalam MT esok, Zahid pecat Shahidan

AGENDA DAILY

Datuk Seri Azlan Man menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memecat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkuat kuasa hari ini, sehari sebelum mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Dalam kenyataan ringkas menggunakan kepala surat presiden, Zahid berkata, Shahidan digantikan Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.

Tindakan Zahid itu dilihat sebagai langkah untuk menutup mulut pengkritiknya dalam mesyuarat MT esok di mana Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri juga menjadi anggotanya.

Dipercayai Zahid mengambil tindakan itu mengikut Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO yang menyebut ‘Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik oleh Presiden yang mereka memegang jawatan masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh Presiden pada bila-bila masa.

Agenda Daily pada 1 April lalu meramalkan Azlan akan dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis menggantikan Shahidan susulan ketegasan Ahli Parlimen Arau itu mengkritik Zahid.

Shahidan lantang menyatakan pendirian akan terus bekerjasama dengan PAS dan Bersatu.

Azlan adalah penyokong kuat Zahid, tetapi pengaruh Shahidan di kalangan rakyat Perlis tidak boleh dinafikan.

Tiada ulasan: