HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 April 2021

Shahidan beri amaran dedah banyak rahsia ‘pemimpin’ UMNO

AGENDA DAILY

Datuk Seri Shahidan Kassim pada sidang media malam tadi. Turut sama, kegtua Wanita UMNO Perlis, Datuk Shamsiah Yasin.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi amaran beliau mengetahui ‘banyak perkara rahsia’ dalam parti itu yang disimpannya buat masa sekarang.

“Saya akan keluarkan kenyataan mengenai cubaan ambil tanda tangan masa Parlimen untuk menyokong Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi gagal.

“Saya mengetahui banyak perkara tapi saya simpan sebab untuk menjaga aib kawan-kawan dan keharmonian parti,” katanya sambil menjelaskan isu tandatangan itu akan beliau didedahkan kepada umum selepas Aidilfitri nanti.

Pada masa sama Shahidan juga menggesa UMNO mengambil tindakan terhadap individu yang menulis surat menyokong Anwar.

“Kita kena ambil tindakan disiplin pada orang yang tulis surat menyokong anwar… siapa langgar keputusan parti kena tindakan… terutama usaha untuk menyokong Anwar.

“Tapi kalau parti mahu kita menyokong Anwar… kita sokong lah… tapi parti tak mahu Anwar,” katanya.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Datuk Seri Najib Razak disebut-sebut antara individu yang menandatangani surat menyokong Anwar dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Shahidan adalah antara individu yang hebat mengkritik kepemimpinan tertinggi UMNO, termasuk Zahid.

Bercakap pada sidang media bagi mengulas tindakan Zahid memecatnya daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis berkuat kuasa hari ini, Shahidan berkata, individu yang menandatangani surat menyokong Anwar yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong juga perlu dikenakan tindakan.

“Saya dalam kereta… dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kerana esok ada mesyuarat (Majlis Kerja tertinggi UMNO). Saya diberitahu mengenai perkara itu. Jadi saya tak boleh hadir lah esok,” katanya.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Perikatan Nasional (PNBBC) itu berkata, UMNO sekarang ini sedang berdepan krisis kepemimpinan.

“Krisis kepimpinan telah berlaku dalam UMNO dan perlu diadakan mesuarat pemilihan akhir Jun ini untuk menyelsaikan banyak perkara.

“Apa yang berlaku kepada saya bukan untuk kebaikan kepada parti tapi ianya akan menambah luka… ia akan berpecahbelah parti,” katanya yang diapit Ketua Wanita UMNO Perlis, Datuk Shamsiah Yasin.

Tiada ulasan: