AGENDA DAILY
Presiden PKR dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membela kumpulan pelampau sosial yang cuba membuka ruang kebebasan bersuara dan bereskpresi seluas-luasnya tanpa peraturan dan undang-undang.
Ketua pembangkang itu yang pernah ditangkap dan dipenjara kerana terbabit beberapa kes salah laku seksual serta demonstrasi, menuduh kerajaan menyalahgunakan kuasa menghalang kebebasan.
Terbaharu, Anwar dilihat membela individu yang menghina institusi Raja-Raja Melayu – Fahmi Reza – dan kumpulan yang mengadakan demonstrasi di Tawau diketuai aktivis dan guru sekolah alternatif Borneo Komrad, Mukmin Nantang.
Fahmi Reza adalah pelukis yang meluahkan perasaan ego, kebebasan, sifat menentang dan hilang arah hidup, menerusi seni grafik.
Tiga hari lalu dia ditangkap dan disiasat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia, kerana menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Mukmin pula ditangkap kerana mengetuai sekumpulan enam individu yang berhimpun menentang keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah, Tawau.
Mereka dikenakan tindakan kerana melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, bukannya mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Namun, Anwar dalam kenyataannya hari ini seolah-olah mendesak kerajaan membiarkan dan memberi seluas-luasnya kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk bersuara serta bereskpresi, tanpa mempedulikan undang-undang serta sensitiviti bangsa Melayu.
Anwar menuduh kerajaan gagal memberi kebebasan yang dijamin mengikut Perlembagaan dan menggunkan akta lapuk bagi menyekat kritikan.
“Kerajaan mesti segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk untuk menekan suara-suara kritikan dan pendapat yang berbeda,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan