HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2021

Anwar beri keterangan di Bukit Aman berhubung rakaman audio


Bernama

Anwar dilihat tiba di Bukit Aman sekitar 10 pagi dan meninggalkan kompleks ibu pejabat polis itu pada 11.20 pagi.

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini dipanggil memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didakwa memaparkan perbualan antara beliau dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar dilihat tiba di Bukit Aman sekitar 10 pagi dan meninggalkan kompleks ibu pejabat polis itu pada 11.20 pagi.

Presiden PKR itu ketika ditemui pemberita berkata beliau hadir memberi kerjasama berhubung siasatan kes berkenaan.

“Saya dipanggil ke Bukit Aman hari ini adalah sebagai saksi kepada kes audio yang didakwa percakapan saya dan presiden Umno.

“Jadi saya beri kerjasama kepada pihak polis dan mereka guna peruntukan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan untuk siasat kes ini,” katanya kepada pemberita sebaik selesai memberi keterangan hari ini.

Mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, individu boleh disiasat kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Rakaman audio berdurasi empat minit itu antara lain memperdengarkan suara mirip Anwar memuji ucapan Zahid pada Perhimpunan Agung Umno menerusi panggilan telefon.

Tiada ulasan: