Bernama
Azlan
berkata walaupun UMNO Bahagian Arau dan Padang Besar mengeluarkan
kenyataan menolak pelantikan beliau, ia tidak menggambarkan keadaan
sebenar di peringkat akar umbi. - Gambar fail
KANGAR:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata
beliau bersikap terbuka dan menunggu keadaan kembali reda untuk sedia
bekerjasama dengan semua pemimpin parti di peringkat bahagian.
Beliau
yang juga Menteri Besar Perlis berkata pendekatan tersebut diambilnya
bagi mengelak keadaan di dalam parti menjadi lebih teruk dan sedia untuk
bekerjasama dengan semua, termasuk pihak yang menolak pelantikannya
sebagai peneraju UMNO Perlis.
"Tunggu
keadaan 'panas' ketika ini reda dahulu dan saya akan cari jalan terbaik
agar kita dapat duduk sebaris nanti. Saya mengambil sikap terbuka dan
tidak mempunyai sifat pendendam, jauh lagi bermusuh dengan sesiapa
sahaja," katanya pada majils berbuka puasa bersama-sama kepimpinan UMNO
Bahagian Kangar di kediamannya di sini, malam tadi.
Ahad
lepas, Bernama melaporkan UMNO Bahagian Arau dan sayap Puteri Bahagian
itu menolak pelantikan Azlan sebagai Pengerusi UMNO Perlis menggantikan
Datuk Seri Shahidan Kassim, dan mendesak presiden parti Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.
Azlan
yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar berkata walaupun UMNO Bahagian
Arau dan Padang Besar mengeluarkan kenyataan menolak pelantikan beliau,
ia tidak menggambarkan keadaan sebenar di peringkat akar umbi.
"Yang
tidak dapat menerima keputusan itu adalah ketuanya bukan keseluruhan
Bahagian..apa pun biarlah keadaan reda dahulu dan saya yakin keadaan
akan bertambah baik selepas ini...Insya-Allah," katanya menambah bahawa
keadaan politik di Perlis tidak huru-hara sebaliknya apa yang berlaku
hanyalah perbezaan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin politik di
negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan