HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 April 2021

Zahid nafi bergaduh besar dengan KJ

AGENDA DAILY

Pergolakan dalaman UMNO antara Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih lagi tidak dapat melupakan kekalahan teruk parti itu dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang sekali gus menyekat laluannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga masih mendakwa UMNO dan BN tewas pada PRU14 angkara fitnah pihak pembangkang pada masa itu, sedangkan isu yang menjadi bahan kempen besar-besaran adalah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ternyata kes itu ada kaitan dengan salah laku pemimpin kerajaan BN.

Zahid yang berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah serta pengubahan wang haram dan akan mengetahui nasibnya awal Julai depan, turut mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menguruskan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zahid juga menafikan dakwaan beliau bergaduh besar dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

“Saya melihat masih aa pihak tertentu yang menaburkan fitnah kononnya UMNO memiliki masalah dalaman. Kononnya saya dan KJ bergaduh besar di bulan Ramadan,” katanya yang menuduh ‘parti kerajaan’ menghantar parasit untuk memusnahkan UMNO.

Bagaimanapun, beliau gagal membuktikan siapakah ‘parasit’ yang dimaksudkan itu, sebaliknya ada kemungkinan fitnah itu dibuat sendiri oleh UMNO yang kemudian menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam.

Khairy adalah antara menteri UMNO dalam Kabinet kerajaan PN yang lantang mengkritik Zahid, selain mencabar presiden UMNO itu mengadakan pemilihan parti.

Zahid tidak mebyahut cabaran itu sebaliknya menyindir Khairy dengan menasihati bekas ketua pemuda UMNO itu supaya berhati-hati mengayuh ‘basikal’.

Zahid yang kini dituduh menjadi punca perpecahan dalam UMNO kerana tindakan semberononya selain didesak supaya meletak jawatan, juga mendakwa UMNO sejak dahulu mempunyai ikatan sangat kuat.

“Walaupun terdapat perbezaan pendapat tetapi ia bukan asbab untuk kami berpecah,” katanya yang dua hari lepas memecat Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, kerana Shahidan berbeza pendapat dengan beliau.

Tiada ulasan: