Azlan bersedia untuk bekerjasama dengan semua bahagian dan berkata keadaan Umno Perlis ketika ini tidak menggambarkan keadaan sebenar di akar umbi parti.
Beliau yang juga menteri besar Perlis berkata pendekatan tersebut diambilnya bagi mengelak keadaan di dalam parti menjadi lebih teruk dan sedia untuk bekerjasama dengan semua, termasuk pihak yang menolak pelantikannya sebagai peneraju Umno Perlis.
“Tunggu keadaan ‘panas’ ketika ini reda dahulu dan saya akan cari jalan terbaik agar kita dapat duduk sebaris nanti. Saya mengambil sikap terbuka dan tidak mempunyai sifat pendendam, jauh lagi bermusuh dengan sesiapa sahaja,” katanya pada majils berbuka puasa bersama-sama kepimpinan Umno Bahagian Kangar di kediamannya malam tadi.
Ahad lepas, Bernama melaporkan Umno Arau dan sayap Puteri itu menolak pelantikan Azlan sebagai pengerusi Umno Perlis menggantikan Shahidan Kassim, dan mendesak presiden parti Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan.
Azlan yang juga ketua Umno Kangar berkata walaupun Umno Arau dan Padang Besar mengeluarkan kenyataan menolak pelantikan beliau, ia tidak menggambarkan keadaan sebenar di peringkat akar umbi.
“Yang tidak dapat menerima keputusan itu adalah ketuanya bukan
keseluruhan bahagian..apa pun biarlah keadaan reda dahulu dan saya yakin
keadaan akan bertambah baik selepas ini…Insya-Allah,” katanya menambah
bahawa keadaan politik di Perlis tidak huru-hara sebaliknya apa yang
berlaku hanyalah perbezaan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin
politik di negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan