Amirrul Rabbani
Menurut
Farhash Wafa, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga
disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. -
Gambar fail
IPOH:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja
Tertinggi (MKT) UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Pengerusi
PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, keputusan itu
menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun parti itu menjadi
sebahagian daripada anggota kerajaan.
Katanya, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
“Kenyataan
Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan agar Parlimen dan DUN
dibenarkan bersidang semula menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun
sedang berada di dalam kerajaan.
“Situasi
rakyat yang semakin meruncing pasca pandemik COVID-19 di samping
ketiadaan semak dan imbang bagi sebuah pentadbiran yang demokratik hanya
mengundang kemudaratan kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu
kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu,
Farhash Wafa berkata, timbul persoalan mengenai Kumpulan Wang Amanah
Negara (KWAN) ia dibimbangi tidak diuruskan dengan baik.
Katanya,
malah KWAN bakal menghadapi risiko dijarah sekiranya kerajaan Perikatan
Nasional (PN) terus menggunakan kuasa darurat untuk mengelak
akauntabiliti.
“Semoga (Perdana Menteri)
Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dalam hal ini dan menyedari
bahawa pentingnya amanat rakyat diutamakan sebelum kepentingan politik,”
katanya lagi.
Pada Ahad, MT UMNO
memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen
dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat kembali bersidang.
Ahmad
berkata keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan
pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
Ujarnya UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi berparlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan