HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 April 2021

Penahanan Fahmi Reza, Mukmin Nantang melampau – Anwar

KHAIRULANUAR YAHAYA

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, penahanan kedua-dua aktivis tersebut merupakan percubaan kerajaan yang terdesak dalam menghentikan kritikan.

“Berita mutakhir ini terkait penahanan dan pelecehan terhadap para aktivis seperti Fahmi Reza dan Mukmin Nantang oleh pihak berkuasa adalah cukup memprihatinkan serta adalah usaha melampau dalam menekan kebebasan bersuara dan bereskpresi.

“Sikap dan perilaku pemerintah dalam menginjak kebebasan yang dijamin Perlembagaan adalah cubaan yang jelas terdesak untuk membungkam kritikan dan terus berpaut pada kuasa,” kata Anwar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden PKR itu menggesa Kerajaan untuk segera menghentikan penggunaan akta-akta lapuk bagi menekan suara kritikan dan pendapat yang berbeza.

Beliau menegaskan Malaysia ketika ini  telah menyaksikan rekod hak asasi manusia dan tingkat kebebasan media yang merudum parah.

“Memetik filasuf dan pemikir Renaisans Voltaire, “saya mungkin menentang dan tidak bersetuju dengan idea anda yang berbeza dari saya, tetapi saya bersedia untuk mempertahankan hak anda untuk meluahkannya”.

“Dengar luahan rakyat dan bekerja untuk mereka, bukan untuk diri kalian semata,” kata Anwar.

Fahmi diberkas kira-kira pukul 7 malam padaq 24 April lalu bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), bahagian D5, JSJ, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 199.

Fahmi tidur di dalam lokap selama satu malam sebelum dibawa ke Mahkamah Majestrit Kuala Lumpur untuk mendapatkan tahanan reman selama empat hari. Bagaimanapun mahkamah hanya membenarkan Fahmi Reza direman selama satu hari sahaja.

Mukmin Nantang pula ditangkap setelah mereka ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan mengadakan perhimpunan pada 24 April di sempadan penguatkuasaan PKPD di Kampung Muhibbah Raya di Tawu bagi menggesa kerajaan tidak melanjutkan PKPD di kawasan itu.

Dia menghadapi tuduhan bawah tiga tindakan undang-udang, iaitu, Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 188 Kanun Keseksaan mengenai menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 25 Ordinan Darurat yang memperuntukkan kompaun denda sebanyak RM10,000. -SM

Tiada ulasan: