Firdaus Azil
Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu
perlu
dilaksanakan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong
sebelum ini bahawa persidangan boleh dilakukan sewaktu Darurat. -
Gambar
fail
KUALA LUMPUR:
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan untuk mendesak
dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) kembali bersidang.
Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu perlu
dilaksanakan kerana ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong
sebelum ini bahawa persidangan boleh dilakukan sewaktu Darurat.
Ahli
Parlimen Pontian itu berkata, UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada
tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi
berparlimen.
“Parlimen
dan DUN adalah medan semak dan imbang di kalangan wakil-wakil rakyat,
agar kerajaan tidak melakukan sebarang tindakan sesuka hati sehingga
membelakangkan kepentingan rakyat.
“..
yang hari ini berdepan dengan pelbagai kesilapan dan kesempatan
melibatkan ekonomi, pengangguran, kos sara hidup, dan harga barangan
yang meningkat,” katanya lagi.
Terdahulu,
mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di
Menara Dato Onn hari ini bermula kira-kira 3 petang tadi.
Ini merupakan mesyuarat MKT yang pertama diadakan sejak Perhimpunan Agung UMNO 2020 berlangsung pada Mac lepas.
Ahmad
berkata, kegagalan mengadakan persidangan Parlimen akan menyebabkan
keyakinan dan kepercayaan pelabur, terutama dari luar akan terus
terhakis sekiranya tiada aspek good governance dari segi semak dan imbang dalam kerajaan.
Mengenai
perkembangan pemilihan parti, Ahmad berkata, MKT akan menghantar surat
kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan Ketua
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.
Beliau
berkata surat itu bertujuan untuk meminta nasihat dan pandangan tentang
bagaimana pemilihan dijalankan selaras Perlembagaan UMNO dan prosedur
operasi standard (SOP) COVID-19.
“Ini
bagi memastikan proses pemilihan yang melibatkan mesyuarat perwakilan
UMNO Cawangan-cawangan termasuk sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri
berjumlah 66,287 di semua 181 bahagian melibatkan 3.3 juta ahli dengan
berkesan, mangambil kira jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat,”
katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan