PETALING JAYA: Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataan Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman yang menolak kerjasama PKR dan UMNO sebagai sombong dan tidak bertanggungjawab.
Katanya, malah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin parti sebelum ini beberapa kali menegaskan tiada perbincangan formal antara UMNO berhubung persoalan menubuhkan kerajaan.
Malah katanya lagi, pada baru-baru ini, pemimpin Muda telah bertemu dengan Anwar seperti dimuat naik di media sosial.
“PKR dan Pakatan Harapan (PH) kini memberi fokus utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang seperti yang dipandu oleh semangat Deklarasi Port Dickson.
“Oleh itu, kenyataan Syed Saddiq itu adalah sombong dan tidak bertanggungjawab. Beliau berhak menyuarakan pendapatnya sebalik tidak boleh sekadar fantasi dengan secara umum,” katanya dalam ciapan Twitternya hari ini.
Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Syed Saddiq menegaskan Muda menolak usaha pembangkang khususnya Anwar menjalinkan kerjasama pintu belakang dengan seterunya sejak sekian lama iaitu UMNO.
Beliau dilaporkan berkata lebih rela
partinya kekal di blok pembangkang dari menyertai penjajaran sedemikian,
meskipun jika gabungan UMNO-PKR berjaya membentuk kerajaan pada masa
akan datang. -UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan