Astro Awani
Shahril
berkata sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan
UMNO dalam
Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah.
- Foto Astro
AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: UMNO percaya selagi sistem demokrasi berparlimen tergendala, ekonomi tidak akan dapat dirancakkan.
Ketua
Penerangannya Shahril Hamdan berkata ini kerana pelabur akan menjauhi
dan ekonomi akan hambar akibat pembuatan dasar negara tidak terurus
seperti sedia kala.
"Antara
keputusan utama mesyuarat, sepertimana terkandung dalam kenyataan
rasmi, menggesa agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka
terlebih dahulu supaya demokrasi boleh dikembalikan ke tempat asalnya.
"UMNO
percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip
akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi
itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus
seperti sediakala.
"Jangankan soal
membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan Perikatan Nasional, sedangkan
bersidang pun tidak. Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan
bersidang pun tidak.
"Jika ada hujah mahu
mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik,
itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat
terpakai," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam
pada itu, Shahril berkata sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan
pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat
musyawarah.
"Apabila keputusan itu
diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota
kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekali gus mempamerkan kesatuan
tindakan dalam parti.
"Dalam hal
pemilihan parti, sekali lagi UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan
berhikmah yang memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang
tarikh.
"MKT memutuskan untuk mendapat
panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambil kira
kekangan SOP COVID-19," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan