AGENDA DAILY
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat mengawal kemarahan selepas keterangannya diambil berhubung klip audio yang tular baru-baru ini walaupun pada awalnya membuat penafian dan mahu membuat laporan polis namun sebaliknya yang berlaku.
Ketua Pembangkang itu mempertahankan klip audio tular perbualan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan menjadi satu kesalahan yang besar dan pihak berkuasa tidak sepatutnya memanggilnya untuk diambil keterangan.
“Mengapa isu seperti ini mahu dijadikan isu politik oleh kerajaan yang nampak sangat terdesak sekarang. Apa kaitannya dengan kemelesetan ekonomi, kegawatan politik, penyalahgunaam kuasa yang ada sekarang,” katanya dipetik selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman.
Anwar selesai memberi keterangan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Keterangan Anwar diambil mengikut peruntukan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
Baru-baru ini, satu klip audio perbualan pakatan sulit antara Anwar dan Zahid tersebar dalam media sosial.
Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.
Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan