HALAMAN SANTAI

Ahad, 4 April 2021

“Lagi cepat pemilihan lagi bagus untuk parti” – Khairy

“LAGI cepat lagi bagus”, itu ulasan terbaru Khairy Jamaluddin berhubung gesaannya supaya pemilihan UMNO disegerakan yang menjadi polemik terbaharu parti itu.

Menurut Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, parti itu tidak perlu menunggu sehingga hujung tahun untuk mengadakan pemilihan.

Beliau yang tewas kepada Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi pada saingan merebut jawatan Presiden UMNO pada Jun 2018 berkata, pandangannya ini dibuat demi kebaikan parti.

“Bagi saya lagi cepat (pemilihan UMNO) lagi bagus, tidak perlu tunggu sampai hujung tahun,” katanya seperti dilapor BH Online.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata demikian pada sidang media di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di Johor Bahru, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Terdahulu Khairy mengadakan mesyuarat tertutup bersama Hasni dan ketua agensi awam negeri ini.

Semalam, seorang pemimpin kanan UMNO dilaporkan berkata, pemilihan parti dijangka diadakan pada hujung tahun ini, namun tarikh sebenar pemilihan bergantung kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, UMNO dikatakan tidak akan menunggu sehingga 18 bulan memandangkan presiden parti pernah menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pada 30 Mac lalu, Khairy dilaporkan mahu UMNO menyegerakan pemilihan parti itu sebelum PRU-15, jika mahu menyelesaikan kemelut dalaman yang membelenggu parti sejak beberapa bulan lalu.

Baca artikel berkaitan: PAU nak PRU tahun ni, KJ pula nak pemilihan UMNO disegera

Khairy ulas Najib: “Tangguh pun UMNO lingkup juga

Bagi ada pemilihan, lepas itu saya fikir nak tanding apa

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, berkata tindakan menyegerakan pemilihan parti itu perlu bagi membolehkan UMNO berdepan PRU-15 dengan barisan pemimpin yang memiliki ‘mandat jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat’.

Untuk rekod, ulasan terbaharu ini adalah yang keempat dilakukan Ahli Parlimen Rembau itu berhubung pemilihan UMNO dalam minggu ini.

Tiada ulasan: