HALAMAN SANTAI

Isnin, 19 April 2021

Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR

Astro Awani
Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada 
PRU15. - Gambar fail
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar enggan mengesahkan sama ada beliau akan mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
 
Sebaliknya, anak perempuan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, biarlah perkara itu diputuskan oleh pucuk pimpinan parti berkenaan.
 
Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden PKR berkata, semua keputusan mengenai pembahagian kerusi juga akan dibuat secara kolektif oleh pucuk pimpinan parti.
 
"Kita perlu akur dengan keputusan parti kerana saya berpegang pada asas yang kita semua adalah 'askar' dalam parti ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai dalam talian Shopee Keadilan, di sini hari ini.
 
Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat bagi parti PKR selain sinonim dengan Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
 
Nama Nurul Izzah sebelum ini pernah disebut akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.
 
Nurul Izzah juga meletak semua jawatan yang disandangnya dalam parti pada Disember 2018.

Tiada ulasan: