PKR sudah menerima hampir 90 peratus senarai nama untuk bertanding sebagai calon parti itu, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak PKR Pusat menerima senarai nama tersebut daripada pejabat PKR negeri dan cabang.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu memaklumkan, belum ada sebarang perundingan mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi.
“Kita sudah menerima senarai nama daripada hampir kesemua negeri, cuma proses tapisan itu memakan masa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tambun di Ipoh, Perak hari ini.
Saifuddin Nasution berkata, PKR sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak selain gabungan sedia ada dalam Pakatan Harapan, selagi ia berlandaskan prinsip-prinsip perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan