HALAMAN SANTAI

Ahad, 18 April 2021

Sebelum kaitkan AMANAH, Umno perlu laksanakan dulu resolusi PAU mereka

 

Pemuda AMANAH mendesak pemimpin Umno bersikap jantan dengan melaksanakan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini dengan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 

Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam (gambar) berkata, mereka perlu bertindak berani dengan melepaskan jawatan dalam kabinet dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Janganlah buat malu dengan anak Zahid Hamidi,” kata Asmaaliff dalam satu kenyataannya yang dipercayai merujuk kepada tindakan berani Nurul Syuhada Ahmad Zahid yang melepaskan jawatannya dari sebuah GLC selepas resolusi PAU itu.

Sehingga kini, katanya, Menteri Umno dan penyandang GLC dari kalangan Umno masih bacul untuk meletak jawatan dalam kerajaan PN.

Asmaaliff mengecam Pemuda Umno Titiwangsa di Ibu Negara yang pandai-pandai menggunakan nama pemimpin dan logo AMANAH kononnya mereka menyertai majlis yang mereka anjurkan.

“Janganlah cemarkan bulan mulia dengan penipuan,” kata Asmaaliff dalam kenyataan bersama beliau dengan Ketua Pemuda AMANAH Titiwangsa Helmy Manja.

Menurut mereka, sebelum Umno pandai-pandai hendak mengaitkan AMANAH dalam program mereka, Umno perlu selesaikan terlebih dahulu hubungan mereka dengan Pas yang bermain dua kolam itu.

“Pemuda Umno tidak perlu menunjukkan keterdesakan tersebut, selesaikan dahulu isu kerjasama dengan Pas yang dilihat bermain dua kolam di dalam Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).

“Kami nasihatkan juga kepada Pemuda Umno, selesaikan dahulu percakaran dalaman Umno,” kata mereka merujuk kepada pertembungan dalam Umno antara mahu kekal dalam kerajaan PN dan meninggalkan gabungan itu.

Umno telah memutuskan hubungan dengan PN tetapi sampai hari ini masih teragak-agak untuk menarik sokongan kepada PN.

“Kami mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan logo AMANAH oleh Pemuda Umno Titiwangsa yang digunakan pada banner program,” kata beliau.

Baru-baru ini, Pemuda Umno telah menganjurkan satu program yang kononnya turut disertai oleh Pemuda AMANAH.

“Untuk makluman, Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan hari itu dijadualkan mengedarkan Taqwim Ramadan di Putrajaya.

“Manakala Pemuda AMANAH Titiwangsa terlibat dengan mesyuarat agong tahunan dan majlis iftar AMANAH Titiwangsa di Laman Bestari bermula Asar semalam.

“Kami telah membuat semakan, wakil Pemuda AMANAH Wilayah, Saudara Ahdheer Supardy Lazuardi yang dikatakan hadir, tidak berada di majlis tersebut,” jelas mereka.

Tiada ulasan: