HALAMAN SANTAI

Jumaat, 2 April 2021

UMNO putus hubungan dengan Bersatu? Itu gimik politik – Aminuddin

MGF01042021_SIDANGMEDIAPEKERJASEKS-3
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya bercakap pada sidang media mengenai isu pekerja seks di Pejabat Pertubuhan MUAFAKAT, Selangor. Foto SHAFIY ZUL

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO untuk tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU-15 disifatkan hanya gimik politik oleh parti berkenaan.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata, UMNO sedar parti itu tidak akan mampu bersendirian dalam menempuh PRU begitu juga Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, kesemua parti yang dominan dengan orang Melayu itu memerlukan antara satu sama lain untuk mendapatkan kuasa dan pengumuman untuk tidak menjalin kerjasama tidak akan berlaku.

“Tak betullah, semua itu gimik politik. Mereka akan bersatu. UMNO tahu mereka tidak akan berani bersendirian, Pas pun tak boleh. Tidak ada orang (parti) yang berani bersendirian kalau mereka nak menang.

“Masing-masing nak kuasa. Itu saja orang politik ni, mereka nak kuasa, mereka takkan bersenidirian mereka nak bersama. Tengoklah nanti,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Menurut Aminuddin, percaturan politik untuk menmepuh PRU-15 masih panjang sehingga ke tahun 2023,.

Katanya, apa yang berlaku ketika ini hanyalah rencah-rencah sandiwara politik yang tidak harus dilayan oleh rakyat.

“Bagi saya kita kena pegi lebih jauh. Siapa yang tak berani kita lupakan mereka…Kita tak mahu ketua yang takut..kita nak ketua yang boleh perjuangkan betul-betul nasib bangsa.

“Ini bukan perkauman tapi orang Melayu yang makin terkebelakang, terhina, agama yang semakin ditekan dan sebagainya,” ujarnya yang sebelum ini dikenali penyokong perpaduan ummah yang ditonjolkan oleh Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Aminuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian UMNO yang mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 akan datang serta kesannya terhadap penyatuan orang Melayu di negara ini.

Mengulas mengenai perkara sama, Aminuddin berkata, penyatuan umat Melayu tidak akan terjejas kerana ia sudah selesai selepas adanya himpunan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan berberapa perkara lain termasuk Statut Rom.

Katanya, isu politik yang berlaku ketika ini hanyalah  bagi memenuhi laporan di akhbar-akhbar supaya peribadi-peribadi tertentu sentiasa dimainkan dengan isu.

“Bagi saya isu hari ini adalah isu keberanian ini naratif yang saya nak bawa kepada rakyat..

“Apa guna kalau kita bersatu tapi tiada keberanian dalam agama dan bangsa seperti apa yang kita lihat puluhan tahun yang sudah berlaku tanah hilang, ekonomi kita terkebelakang, sosial makin teruk agama dipersendakan termasuk kalimah Allah sedangkan kita punya kuasa…kalau berani tak jadi macam ini sudah lama selesai,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: