Firdaus Azil
Kumpulan
Ahli Parlimen UMNO dan BN berkata, sidang Parlimen itu diharap dapat
beri tumpuan kepada isu-isu dihadapi rakyat dalam mendepani COVID-19. -
Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju Parlimen
bersidang semula, namun tidak akan menyokong usul undi tidak percaya
sekiranya dikemukakan pada sidang berkenaan kelak.
Kumpulan
Ahli-ahli Parlimen UMNO dalam satu kenyataan bersama hari ini, berkata
mereka menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu
tentang keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin serta
memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam
negara.
Mereka
berkata amat mengharapkan sidang Parlimen tersebut dapat memberi
tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik
COVID-19.
“Kami
bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat
sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.
"...
dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan
maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya
dikemukakan.
“Ahli-ahli Parlimen
daripada parti UMNO dan BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan
Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebagai suatu
usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19
dalam negara,” kata mereka lagi.
Pada 16
Jun lepas, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen
perlu diadakan secepat mungkin.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil
Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ia bagi membolehkan
Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh
ahli-ahli Dewan Rakyat.
Tambah Ahmad
Fadil, dengan pembukaan semula Parlimen, Agong menzahirkan harapan agar
ahli-ahli Dewan Rakyat juga boleh berbincang berkenaan peruntukan
perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang dalam kesempitan dan
bagi memulihkan semula ekonomi negara.
Mengulas
lanjut, kenyataan itu juga menyebut barisan menteri serta timbalan
menteri daripada UMNO dan BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam
melaksanakan tugas dan peranan masing-masing.
“..
terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung
dalam mengekang penularan COVID-19, pelaksanaan vaksinasi serta
pemulihan ekonomi rakyat dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan