HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Jun 2021

Ahli UMNO, PKR anda tidak salah tapi jangan jadi lembu bodoh

Tok Akhi

Bukan dalam kerajaan yang tidak terkawal, sebaliknya ahli PKR dan UMNO sendiri yang kini sudah menjadi seperti lembu dicucuk hidung diheret ke sana sini oleh ‘tuannya’ dan menunggu masa untuk disembelih.

Angkara ‘tuannya’ yang tamak, tidak sabar dan mahu melepaskan tengkuk, ahli UMNO dan PKR kini terpalit dengan pandangan serong masyarakat yang melihat mereka gila kuasa, mementingkan diri. Kasihan kepada ahli UMNO dan PKR yang tidak bersalah.

Mereka mengambil kesempatan ke atas kesukaran hidup rakyat ketika pandemik Covid-19 demi survival politik diri sendiri, dengan menyalahkan kerajaan. Bermain isu-isu untuk menaikkan sentimen rakyat bahawa kerajaan gagal

Mereka cemas apabila melihat semakin hari kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin melipatgandakan usaha membantu penduduk yang terkesan kerana Covid-19, dan semua tindakan yang dibuat semakin popular di kalangan rakyat.

Mereka semakin terkesan apabila rakyat tidak lagi melihat kerajaan gagal menangani pandemik, sekali gus membuka ruang untuk rakyat kembali hidup normal.

Mereka semakin gelisah apabila langkah-langkah yang diambil kerajaan menangani penularan wabak Covid-19 dengan melaksanakan beberapa sekatan dan bantuan prihatin semakin hari semakin menunjukkan sinar cerah.

Mereka takut setelah kenyataan pakar Perlembagaan dan perundangan tidak memihak kepada mereka, malah mendedahkan kerakusan untuk ‘merampas kuasa’ dengan membelakangkan undang-undang.

‘Nasihat’ bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, menakutkan mereka kerana apa yang dikatakan ada kebenarannya.

“Kita perhatikan, pada kebelakangan ini, banyak pihak di luar Kerajaan yang tidak berpuashati terhadap sesuatu tindakan Kerajaan cuba melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk melakukan apa yang mereka mahu walaupun ia jelas di luar bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan.

“Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu waspada supaya institusi beraja tidak termasuk perangkap mereka. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang bijaksana perlu senantiasa waspada bahawa baginda adalah Raja Berperlembagaan di mana amanah yang baginda galas adalah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Baginda semua juga tertakluk kepada kedaulatan undang-undang dan perlu patuh kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan.”

Itu antara ‘nasihat‘ Hamid dan Shamrahayu kepada Agong dan Raja-Raja Melayu. Kedua-duanya bukan calang-calang orang dalam dunia perundangan dan isu Perlembagaan.

Bagi kedua-duanya tidak salah Yang di-Pertuan Agong menyampaikan pandangan kepada kerajaan, namun lebih tepat lagi baginda perlu mendengar nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara.

“Dalam kata lain, adalah lebih tepat untuk baginda menurut nasihat Perdana Menteri dan Peguam Negara yang berkuasa pada masa ini dan pada ketika-ketika tertentu baginda boleh menyampaikan pandangan kepada Kerajaan.

Hamid pernah menjadi Ketua Hakim Negara yang banyak terbabit dalam tafsiran Perlembagaan ketika membuat keputusan, sementara Shamrahayu banyak membuat kajian berhubung hal-hal kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan, selain pernah memberi taklimat kepada Majlis Raja-Raja berhubung Statut Rom.

Dan, akhir sekali tuan-tuan lembu ini sedang membilang hari untuk berhadapan lagi dengan hakim atas tuduhan jenayah yang dilakukan ketika mereka mentadbir negara.

Siapakah tuan kepada lembu-lembu ini? Tidak lain adalah Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden UMNO Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dan pemimpin-pemimpin parti yang mereka ajak sama memegang tali untuk mengheret anda.

Kepada ahli PKR dan UMNO – mereka inilah yang menjadikan anda semua lembu. Jika tidak mahu anda terus dianggap sebagai lembu, maka lakukan sesuatu supaya tuan anda itu mendapat pengajaran.

Rakyat sudah semakin celik, rakyat melihat permainan Anwar, Zahid dan Najib hanya politik semata-mata. Tepat sekali rakyat sudah tahu mereka tidak boleh hidup aman di bawah pentadbiran kluster yang dituduh melakukan jenayah – tidak amanah, menyeleweng, menggelapkan wang negara, menyalahguna kuasa.

Tok Akhi

p/s
Lembu yang tidak ada fikiran pun kadang-kadang menanduk tuannya, apa lagi ahli UMNO dan PKR yang dianugerah otak dan boleh berfikir, tidak sepatutnya menjadi lembu bodoh. Beberapa hari lagi dah nak raya korban!

Tiada ulasan: