Sinar Harian
Empat
lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Bahagian Johor Bahru mengumumkan
meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad. - Gambar hiasan/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Bahagian Johor Bahru mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad.
Mereka ialah Hafsah Ahamed, Nur Diana Abdul Halim, Puteri Firdaus Aswad Megat dan Sulhaza Suleiman yang merupakan AJK lantikan.
Surat
peletakan jawatan mereka sudah diserahkan kepada Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung
Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk
Seri Rina Mohd Harun.
Menurut
Hafsah, peletakan jawatan mereka kerana tiada lagi persefahaman dengan
kepimpinan peringkat bahagian yang dilihat tidak mendengar suara dan
cadangan akar umbi.
"Apa yang dicadangkan
akar umbi tidak pernah kepimpinan Srikandi bahagian ambil peduli. Ini
menyukarkan kami untuk berkhidmat sebagai AJK," katanya ketika dihubungi
Sinar Harian di sini pada Isnin.
Sebelum
ini, Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok
bersama timbalannya, Khairunnisah Ali dan enam AJK Srikandi bahagian itu
mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad.
Mereka meletak jawatan kerana mendakwa Ketua Srikandi bahagian itu, Datuk Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan.
Ditanya
adakah Srikandi bahagian itu dibubarkan susulan peletakan jawatan 10
AJK, Hafsah berkata, perkara itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun, katanya, Bersatu Pusat setakat ini masih belum menghubunginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan