HARAKAH DAILY
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang menyokong tindakan dan usaha daripada Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan inisiatif PEMERKASA+ yang diumumkan
malam tadi.
“Keutamaan kita adalah bagi memastikan supaya sektor
kesihatan dapat berfungsi dengan penuh efisien, meneruskan agenda
kebajikan rakyat serta menyokong kelangsungan perniagaan.
“Wabak pandemik Covid-19 yang melanda kita sejak tahun lalu menyaksikan peningkatan kes yang mendadak sejak April,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.
Beliau berkata, di peringkat PAS telah melancarkan kempen Kutipan Dana Tabung Bencana Covid-19 bagi membantu rakyat yang terjejas dengan wabak itu.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya untuk mendaftarkan diri dan keluarga terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mewujudkan imuniti berkelompok.
Beliau juga menyokong sepenuhnya tindakan tiga bulan gaji daripada seluruh jemaah menteri dan timbalan menteri digunakan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat yang memerlukan.
“Semoga inisiatif yang diumumkan ini akan dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi rakyat semasa kita berada dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal wabak pandemik Covid-19,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Muhyiddin semasa menyampaikan perutusan khas berkaitan Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+), malam tadi, berkata sebagai tanda sokongan untuk memutuskan rantaian Covid-19, barisan menteri dan timbalan menteri tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun ini.
Katanya, gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan