HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Jun 2021

Jawapan Zahid sebenarnya yang ‘kartun’, balas Nazri kepada Zahid

Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai 'kartun' kerana jawapan balasnya.

Pemimpin senior dalam parti, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan jawapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebenarnya ‘kartun’ memandangkan realitinya Ahli-Ahli Parlimen parti tersebut sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut mempersoalkan tindakan Zahid yang menjawab bagi pihak yang menandatangani surat akuan (SD) menyokong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai jurucakap rasmi kepada 25 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), ia sekiranya Ahli Parlimen Sembrong itu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Kita tandatangan sebab tak percaya kepada Zahid itu kartun? Respon dia (Zahid) tu yang kartun. Dia cakap pasal orang lain punya sign tak percaya kan dia, dia jawab bagi pihak kita.

“Bila dah bagi kepada Hisham bermakna kita hilang kepercayaan pada dia,” katanya kepada Agenda Daily dalam satu wawancara.

Terdahulu, Nazri mendedahkan langkah memberi ‘mandat’ kepada Hishammuddin diambil sebagai tindakan balas terhadap Zahid yang memberikan maklumat mengelirukan kepada Agong berhubung sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Zahid yang tercabar dengan tindakan tersebut dipetik berkata, “Hilang kepercayaan kepada MP lain? Cerita kartun.”

Nazri berkata Zahid sudah tidak dapat berhujah dengan rasional apabila sekadar memberi alasan yang tidak munasabah bagi membuktikan dirinya masih relevan walhal majoriti pemimpin parti sudah hilang kepercayaan terhadapnya.

“Kalau dia (Zahid) kata kartun. Dia lah kartun. Bukan saya. Orang ini bila dah tidak boleh berhujah, sanggah hujah saya, tak ada alasan, kata kartun. Pada saya, alasan itu respon yang kartun,” katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, beliau dan sebilangan besar pemimpin BN akan berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) bahawa akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Tiada ulasan: