MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata, Parlimen hanya akan bersidang semula selepas negara berjaya mencapai imuniti kelompok terhadap virus Covid-19.
Beliau berkata desakan supaya Dewan Rakyat bersidang sekarang hanya akan mencetuskan lebih banyak kluster jangkitan.
“Contoh kalau Parlimen buka kalau sebulan…Isnin sampai kKhamis empat hari berturut-turut. Berapa orang ada di parlimen tu? Satu MP, pegawai-pegawai ahli parlimen, pegawai-pegawai kerajaan ada situ, pegawai dan kakitangan parlimen di kafeteria kantin, driver, dan lain-lain melebihi 1,000 orang.
“Duduk situ dari pagi hingga pukul 5 atau 6 petang. Bukankan ini akan jadi titik panas (Covid-19)” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, tumpuan penting sekarang ialah rancangan untuk vaksinasi semua rakyat Malaysia.
“Yang penting pada kita ialah untuk semua dapat vaksin. Kalau dah semua dapat, ada herd immunity, apa yang akan berlaku adalah pembukaan Parlimen boleh kita buat, perjumpaan boleh kita buat bila dah capai tahap herd immunity.
“Tapi selagi mana kita belum dapat tahap itu, mengapa mesti kita buat cadangan-cadangan yang boleh jadi kluster-kluster yang boleh merosakkan lebih ramai lagi perasaan tidak senang hati dan macam-macam hashtag dikeluarkan,” tegasnya.
Hamzah juga mempersoalkan kenapakah PKR tidak mengadakan kongres secara fizikal, sebaliknya secara maya.
“Saya tengok dalam suratkhabar PKR dengan bangganya, buat kongres secara virtual. Jadi maknanya apa? Dia pun tak berani nak buat perjumpaan seperti dia suruh buka Parlimen ni. Jadi kalau tak berani buat kongres secara itu, dia buat secara virtual. Jadi kalau kita nak buka (Parlimen) secara virtual, banyak masalah lain pulak. Kerana macam mana nak buat secara virtual, ramai, pegawai kerajaan, beribu lagi. Ini yang akan kita fikirkan,” tegasnya lagi.
Hamzah juga menasihatkan mereka yang mendesak PArlimen dibuka supaya tidak mengikut perasaan kerana ia akan menjadi masalah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan