HALAMAN SANTAI

Rabu, 22 September 2021

BN Perak yakin jadi kerajaan kuat selepas PRU-15 – Saarani

MGF11092021_TEMUBUAL-SAARANI-MOHAMAD_20
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika temubual eksklusif bersama Malaysia Gazette di Hotel Pullman, Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL,

KUALA LUMPUR – Jika tiada pertelingkahan dan politik adu domba – Barisan Nasional (BN) Perak yakin dalam PRU-15, sekurang-kurangnya mereka dapat mengembalikan kekuatan kerajaan negeri seperti tahun 2013.

Itu keyakinan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Perhubungan BN di negeri itu.

You hendak balik (macam) 2014, tak mungkin. 2018 kita kalah tapi 2013 baik Parlimen dan state kalau dapat. Kita kena susun atur semangat yang sama, boleh kembali jadi kerajaan yang kuat di Perak,” katanya dalam temubual bersama MalaysiaGazette baru-baru ini.

Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu mahu semua peringkat dalam parti belajar daripada pengalaman yang lepas termasuk sukarnya jika mendapat kerajaan yang tidak kuat.

“Dulu, puluhan tahun BN boleh bangunkan negara kerana tiap kali PRU kita dapat kerusi dua pertiga, dulu kita boleh tukar Perlembagaan, tambah kawasan pilihan raya dan kedua, akan mengurangkan lompat parti.

“Sebab nampak kerajaan kuat, lompat dua tiga orang tak terjejas, bukan bermakna tiada pembangkang, tiada tak cantik.

“Tapi jangan 50-50 seperti 2018, tak kuat PN (Perikatan Nasional) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 117 sokongan. Lepas itu tinggal 114. Fragile, weak tak senang duduk.

“Sama di Perak, BN dapat 27, PH dapat 29, Pas dapat tiga, tiga entiti jadi kerajaan sehinga ada UMNO lompat dapat jadi kerajaan 31 kerusi, tak kuat apatah lagi dibina oleh beberapa parti.

“Dulu dalam kalangan BN, ada parti dominan iaitu UMNO. Parlimen 103 kerusi UMNO – dominan di Perak,” katanya lagi.

Saarani juga tidak mahu selepas PRU-15, Perak diwakili kerajaan tidak kuat seperti zaman bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu.

“Sama seperti sekarang, walaupun saya ada 25 kerusi tapi BN tak boleh jadi kerajaan, kena kolabarasi dengan Pas dan Bersatu dan sebagai kerajaan tak boleh berkeras sangat, ada benda boleh tolenrasi sama seperti Pas dan Bersatu.

“Kecuali saya ada 30 kerusi UMNO, bukan dabik dada tetapi (ada) kerajaan yang kuat sebab melebihi separuh,” katanya.

Justeru, katanya, UMNO dan BN kena belajar dan rakyat menilai dan mahu memilih kerajaan yang kuat dan mereka berpeluang kerana parti sudah ada akar umbi di seluruh negeri.

“Kita ada pengalaman off course ada buat kesilapan masa BN memerintah tapi kita learn now make comeback, pilih kembali kami, parti akar umbi serata tempat.

“Beri peluang menerajui kerajaan, jadi kerajaan yang kuat. UMNO tiadalah tamak sangat masa BN kuat, kita menang 40 kerusi dalam BN ada 30 kerusi, kita ada MCA, Gerakan, MIC. UMNO tak tamak.

“Exco ambil enam sahaja, bagi dua kepada MCA dan satu kepada MIC, satu Gerakan,” katanya mengimbas semula zaman kegemilangan BN di Perak satu ketika dahulu.

Rakyat, katanya, memerlukan kerajaan yang ada pengalaman memerintah dan apabila jadi pembangkang mereka belajar dan bila rakyat hendak berubah akhirnya mereka mendapat kerajaan yang lemah.

“Jika lemah tak boleh buat keputusan, kena beli jiwa atau tidak kena tukar kerajaan,” ujarnya.

Saarani mahu rakyat mengambil panduan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menegaskan pertukaran tiga MB dalam tempoh beberapa tahun bukan satu yang baik.

“Beginilah, kita buktikan UMNO sedia berubah. Dulu kita kalah orang sebut UMNO lama, tak berubah, cara lama, warlord oleh sebahagian pengundi muda, kita tahu itu.

So kita berubah, kita buat sedikit perubahan diterima dan persembahkan dalam mesyuarat perhubungan negeri, mereka faham kenapa kita kena dilihat agak berlembut dengan pembangkang.

“Bukan berlembut sangat, saya nak UMNO belajar selepas jadi pembangkang dan comeback apa yang you all sebut dulu, kita ready berubah dan tawar balik, tolong maafkan kami, now we offer,” luahnya.

Di Perak, menurutnya, akar umbi sudah mula memahami perlu persefahaman politik  termasuk kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional apabila kelihatan sesama ahli parti itu sudah bermaaf-maafan.

“Sudah boleh duduk semeja, sudah boleh kompromi, tidak ada rebut jawatankuasa masjid, tidak ada terpisah-pisah. We are Malay dan muslim kena duduk bersama-sama,” katanya.

Sekiranya keadaan sekarang dapat dibuat, bahang politik akan semakin kurang serta tidak lagi berlaku seperti dahulu.

“Dulu riuh-rendah. Letih, meletihkan kita, walaupun rasa kita hebat tapi letih, rakyat tengok pun penat,” katanya.

Mengenai cabaran yang dihadapi, Saarani menegaskan, ia kadangkala bukan kerana musuh kuat tetapi mereka dalam parti yang lemah.

“Kekalahan beberapa kawasan dulu tak dimenangi UMNO bukan kerana Pass kuat, PH kuat kerana UMNO lemah dan ada pertelingkahan dalam bahagian.

“(Ada) sabotaj dalaman, semua melemahkan kita, pengundi tak keluar kalau keluar pun marah kita dan jentera tak tersusun,” katanya.

Kekuatan dalam kekuatan parti dapat dilihat seperti beberapa pilihan raya kecil (PRK) selepas PRU-14 di mana banyak menyebelahi BN.

“Ini dibuktikan bila kita buat PRK, kita lihat mana-mana tempat mana we must unite kena bersatu baru boleh beperang otherwise don’t go,” tegasnya.

Menurutnya, rata-rata masalah dalam termasuk soal calon dan sekiranya mendapat persetujuan semua pihak, kemenangan boleh diraih seperti PRK Slim di mana beliau menjadi pengarah pilihan raya.

“Satu lagi, calon kita menang buat kerja. Jaga orang muda, itu formula pilihan raya di mana-mana pun,” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: