Sinar Harian
Ismail Sabri juga akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: HARI ini merupakan mesyuarat kabinet pertama kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun,
mesyuarat itu akan dijalankan secara dalam talian kerana Ismail Sabri
kini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas didapati ada kontak
rapat dengan pesakit COVID-19.
Dalam pada itu, beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.
Antara
perkara utama yang dibincangkan ialah berkaitan peralihan kawasan
Lembah Klang ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang kini telah
mencapai kadar vaksinasi melebihi 80 peratus.
Justeru, rakyat amat menunggu kebijaksanaan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan baharu ini.
Segala
inti pati atau sebarang keputusan dalam mesyuarat kabinet pertama itu
tentunya menjadi fokus rakyat yang mengharapkan akan ada perubahan baik
melalui perbincangan tersebut terutamanya berkaitan usaha mengatasi
penularan COVID-19.
Semalam seluruh negara meraikan tarikh, 31 Ogos yang merupakan tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia pelbagai bangsa.
Tarikh tersebut mengingatkan kita tentang penat lelah pejuang terdahulu dalam menghadiahkan kemerdekaan buat negara.
Dalam
pada negara masih bergelut melawan pandemik COVID-19, sambutan Hari
Kebangsaan yang ke-64 tetap diraikan walaupun secara sederhana.
Sempena kemerdekaan juga rakyat menzahirkan penuh harapan untuk negara bebas selama-lamanya daripada pandemik COVID-19.
Yang penting pada ketika ini ialah membantu rakyat yang kini sedang menderita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan