HALAMAN SANTAI

Sabtu, 11 September 2021

Parti pembangkang dan Anwar mungkin terima tawaran PM dari UMNO


Sumber dalaman PKR memberitahu Agenda Daily, Anwar dilihat teruja dan sudah geli-geli untuk menerima tawaran tersebut memandangkan pihak kerajaan memberi pengiiktirafan kepadanya setara dengan menteri kabinet walaupun hanya menjadi Ketua Pembangkang.

“Anwar menyambut baik tawaran terbaharu Ismail Sabri kerana kali ini dibuat oleh PM dari UMNO… Berbeza dengan sebelum ini, tawaran dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dari parti Bersatu.

“Lagipun anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO adalah rakan sehidup sematinya,” kata sumber itu.

Berkemungkinan, parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) seperti Amanah dan DAP akan mengikut hala tuju Anwar yang akan menerima tawaran tersebut dengan terbuka hati.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada sebarang reaksi diberikan daripada Anwar mahupun pemimpin pembangkang lain, ia berbeza semasa Muhyiddin membuat tawaran sama tetapi ditolak secara tergesa-gesa tanpa diadakan perbincangan terlebih dahulu.

Namun, sumber memberitahu Anwar mungkin memanggil semua pemimpin parti untuk membincangkan tawaran Ismail Sabri dan meminta mereka untuk menerimanya.

“Jika semasa Muhyiddin membuat tawaran, Anwar paling laju sekali menolaknya diikuti dengan pengikut fanatiknya.

“Tetapi kini beliau berdiam diri dan seolah-olah memberi isyarat jelas akan mempertimbangkannya, kemungkinan besar akan menerima tawaran tersebut,” kata sumber lagi.

Ismail Sabri hari ini mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Enam daripada tujuh tawaran itu pernah dibuat Muhyiddin ketika penghujung pentadbirannya sebagai PM sebelum Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang susulan peletakan jawatan beliau pada 16 Ogos lalu, setelah tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Tawaran Muhyiddin tersebut pada mula menerima reaksi positif daripada beberapa pemimpin DAP seperti Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming namun pemimpin kanan PH tidak menerima tawaran itu.

Tiada ulasan: