Harits Asyraf Hasnan

Saifuddin
berkata langkah itu seiring titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang
mahukan pergeseran dan pertelingkahan politik dikurangkan. - Foto Astro
AWANI / SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA:
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah
menyeru ahli-ahli politik tanpa mengira parti untuk melaksanakan
gencatan senjata dan penetapan semula sistem.
Menyifatkan
ia sebagai asas terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19,
Saifuddin
berkata, langkah itu juga seiring titah nasihat Yang
di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
yang mahukan pergeseran dan pertelingkahan politik dikurangkan.
"Kita
akan dapat bertenang dan benar-benar menumpukan perhatian kepada
kerja-kerja menangani masalah pandemik COVID-19 dan membangunkan semula
ekonomi.
"Waktu bertenang ini juga perlu untuk kita buat penetapan semula selepas kita mengadu dengan pelbagai perkara.
"Saya
secara peribadi merasakan bahawa kita perlu set semula sistem, di mana
ia mampu menyelesaikan banyak perkara," katanya dalam sidang media khas
di Wisma Putra pada Rabu.
Malah, Ahli
Parlimen Indera Mahkota itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob juga telah menunjukkan keterbukaan dan dibuktikan dengan
bertemu tiga pimpinan utama pembangkang beberapa hari selepas dilantik
ke jawatan itu.
Menurut beliau, tindakan itu penting untuk rakyat membuat penilaian menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan